Friday, December 30, 2005

Jiwakacau

sebagai manusia biasa, tak ada sesiapa yg wajar mengatakan diri perfek, atau lebih baik dari yang lain. kerana kita tak tahu, apa hakikatnya yang berlaku. walaupun dikurniakan hati yang lapang, rezeki yang murah, keluarga yang bahagia namun keupayaan utk berfikir itulah yang utama, atas apa jua yg kita perolehi.
hidup ini seperti melihat pelangi. cantik, menarik namun tidak wujud. kita tidak akan memiliki pelangi, malah sesiapa juapun. jika kita melihat pelangi itu berada di atas kepala seseorang, sesungguhnya dia tidak mendapatinya. seharusnya kita berasa rendah hati dan rendah diri, kerana apa yang kita miliki, bukanlah punya kita. apa yang kita ada..? harta? apabila kita mati ia bukan milik kita lagi. pangkat? bila orang lain berkuasa, apa gunanya pangkat itu ntuk kita? malah nyawa sekalipun bukan punya kita... bila2 masa saja boleh diambil kembali.
jiwakacau... hatisyahdu... kenapa harus semuanya berlaku padaku? ke mana perginya semangat jihad yang pernah beraja? ke mana sirnanya laung perjuangan yang pernah menggegar dada? pernahkah terfikir..? apakah nur jihad itu milik kita? apakah petunjuk Allah itu percuma?

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

ur facing difficult situation in which one has to choose between two things. bersabar lah sayang...

7:48 AM  
Blogger FiDieYaaa said...

Samer... saye pon macam awak juger... nak blajar pon kene paksa2, sedihnyer huhu
Mengapa cintaMu tak pernah hadir,
subur dalam jiwaku
agar ku tetap bahagia

4:35 AM  
Anonymous Anonymous said...

la_insyakartum la_aziidannakum...

9:50 AM  

Post a Comment

<< Home