Thursday, June 30, 2005

APeke JaDaH?

apeke jadah yg kucari dalam hidup ni? duit? kawan? mak? ayah? pangkat? darjat? femes? hepines? spider? eh.. :P

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun
Untuk hidup kaya
Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya

Aku cari mana dia Al-Ghazali
Aku cari mana dia Al-Shafie
Kita bongkar rahsia kitab suci
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah Nabi
Cari panduan

Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

-PakLah

daku masih tercari² arah perjalanan hidup. walaupun sudah terjelas terang lagikan bersuluh dalam kitab suci namun derap kaki yang melangkah, mata yang memandang, telinga yang mendengar, tidaklah sesenang lidah yang berkata-kata. setiap insan yang bernafas di mukabumi mempunyai keinginan yang sama, iaitu bahagia. seorang pencuri, walaupun dia tahu hukum Allah & hukum kerajaan bg pencuri namun kenapa dia masih mencuri? kerana jika x mencuri hidupnya lebih sengsara. tidak ada orang yang nak hidup susah. kalaupun rela susah di dunia namun sudah pasti mengimpikan kesenangan di syurga.

nak ke syurga, semua orang nak ke sana. tapi, layak ke kita tuk masuk syurga? abdul rahman auf masuk syurga dgn merangkak....kita macamana? taknak ke syurga? sanggup ke kita dengan seksa neraka yang mana seksaan paling ringan ialah dipakaikan terompah dari api neraka sehingga otak menggelegak? sedangkan kene api mancis pun kita dah mengaduh. umar al-khattab kerisauan kerana bimbangkan dia adalah seorang yang terkecuali ke syurga. kita cemana? bimbangkah kita? atau tidak pernah terfikir?

milionaire & bilionaire amerika (contos shj) meninggalkan retabenda berjutasss utk anak cucu masa depan. kita? meninggalkan hutang2 utk anak cucu lunaskan. meninggalkan keluarga yang sengsara sebab kita sole breadwinner famili. itu bukan masalah psl RM boleh dicari. adekah kita meninggalkan warisan Islam yang hakiki pd anak cucu kita? tengokla adik2 kita hari ni. kecik2 dah pandai bunuh orang, kecik2 dah pandai rogol orang, kecik2 dah pandai itu pandai ini. tak ke sadis tu. walaupun diorang tu bukan adik kita tp org Islam kan saudara (49:10). isk3x. sadis2x...

kat mana kita? pe yg kita wat bila keadaan demikian? kita pun tableh wat pa per selain dari menyalahkan orang (besanya kerajaan la kena, keh3x, sian kerajaan kan) dan mendabik2 kebaikan kita & keluarga kita. keadaan tak berubah jugak, sampai kerajaan pun terpaksa mengura2kan cadangan yang kurang diterima spt ..ala..psl hal drug addict tu la. ntah2 tak lama lagi derang tubuhkan 'kedai menjual motor curi', 'pusat pelacur*n cara Islam (huhu)', dan mewartakan pembunuh upahan sebagai pekerjaan yang berdaftar. huhuhuhu..sadis..sadis...

pastu pe yang patut kita wat arrr? waduh2x... wat derk je...? wat demo? riot? lantak korang la janji bahagia.


apeke jadah yang kita buat di atas mukabumi ni? sekadar tuk hidup kemudian mati, lebih baik jadi kucing!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home