Wednesday, May 25, 2005

Aku Dah Dewasa? Dewasakah Aku?

masa mula2 'membesar' dulu, saya eager tol nak menggunakan istilah2 pelik yg berbau ke'arab'an bila berbual dgn orang yg sama 'membesar' bersama. kire hebat betul la tu. masa tu mmg tak ada masalah kerana rakan-rakan 'sepembesaran' menggunakan modus operandi yang sama. malah kami sama2 mencari istilah2 yg tak pernah orang dengar.

kerana terbawak2 ngan perangai ni, saya telah disusahkan bila orang salah mentafsir apa yang saya cuba sampaikan. bila kita katakan sesuatu, tp orang tak faham, ia mungkin akan membawa kepada salah faham. dalam komunikasi, yang penting ialah maksud, bukan ayat atau istilah, kerana itu body language memainkan peranan kira² 53% dalam komunikasi, 43% tone atau nada dan selebihnya adalah jajahan takluk words atau kata-kata. kerana itu, usahlah eager menggunakan ayat2 bombastik semasa berkomunikasi kerana hanya akan mengelirukan pendengar. mungkin bombastical word sesuai untuk digunapakai dalam pertandingan bahas dan kertas bahasa melayu penulisan.

berbalik kepada topik 'kepembesaran' apabila menginjak ke alam 'dewasa', kumpulan yg 'membesar' bersama itu tadi mula membuat gerakan Brown dan bergerak secara rawak ke merata-rata tempat. bak kata pepatah, membawa haluan masing². ketika ini, saya mula bercampurgaul dengan masyarakat majmuk dengan ertikata yang sebenar.

masa 'membesar', saya berasa begitu hebat, bertuah, gagah, ganas, warghhh! but then i cringed as i stepped into the real world. kita mungkin orang paling berilmu, paling hebat, paling baguzzz, paling cambest masa kita sedang 'membesar' tp bila kita dah dewasa... hanya mereka yg sudah dewasa mengetahuinya.

tp, mereka² yg sedang 'membesar' memang merupakan makhluk² yang paling brutal di alam maya, dari segi mental atau fizikal. that's why banyak demonstrasi (bukan demonstrasi silat cekak) dicipta oleh mereka² yg sedang 'membesar'. dan bila kata orang yang paling tak takut mati, itulah golongan mereka yg mengalami 'tumbesaran' yang pesat. laksana mentari, bila di waktu tengah hati tu, memang panas tak hingat, sampai mendidih2 dan hitam2 sumer makhluk toronto (ahaks). tapi bila petang menjelang, mentari kian syahdu dan layu, dingin dan sejuk dipupuk bayu, hinggalah membawa malam yang nyaman.

begitu jugakla manusia. semasa di usia remaja, segala2nya dihadapi dengan penuh semangat yang kental lagi bebal. apabila menginjak ke alam dewasa dan matang, semangat tu mula luntur sikit².

masa kita 'membesar', macam2 benda kita buat, kita rancang, kita pegang. tp bila dewasa, semuanya di tangan orang. kita jadi inferior dan mula berfikir sebab dan akibat. masa 'membesar' kita men belasah je apa-apa asalkan apa yang kita ndak mencapai matlamat. bila dewasa, kita mula melihat dunia, dan ternyata kita bukan apa-apa. we are nobody. orang takkan kenal kita sebagaimana kita dikenal semasa kita 'membesar'. kalau semasa kita 'membesar' kitalah hero tetapi in real world kita bukan sesiapa.

persediaan ntuk menjadi 'dewasa' tak sesimple yang disangka...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home