Sunday, April 24, 2005

That's The Way


saya sesungguhnya tak tahu apa yg orang lain buat semasa menanam anggur. benda harian yg dibuat tu lain ceritala, macam makan mandi tido tenet t*t, etc. pe yg saya maksudkan ialah something yg biasa dibuat semasa di kampus. bile dah nganggur gini cemana ngan favourite things yg tak boleh ditinggalkan masa blaja dulu? tp saya dapati kawan2 saya mostly murah rezeki, cepat dapat kerja even if temporary. bagi saya, if dah bekerja tu bleh ar sekurang2nya berada di luar rumah & do wut they like. tp mostly geng2 mantap2 pas grad terus kawin/kawin before grad lagi. so, tu len citer la. cemana ngan mereka yang selevel ngan saya nih ek... pe yg derang wat arrr?

alhamdulillah... sekarang ni saya tidak kisah walaupun tidak ada grup usrah macam dulu. masa prektikal dulu saya takut betul sbb takde grup ni & becoz of fragility yg saya ada, just becoz the excuse of no usrah akhirnya hanyut ditelan arus. nevertheless, after my final year, i became aware that the most important is the root of our personal mission. kite punye personal mission ni macam akar tunjang pokok yg tak akan tercabut walaupun ditentang angin yg kuat lg tornado. satu2nya benda kepunyaan kita yg tak akan musnah selain dimusnahkan oleh kita sendiri. yela, if tubuhbadan, accident, habis; pengaruh, masa kita kuat okeyla, bila kita lemah kucing pun xmo dekat, etc. etc. tp personal mission, apa yg terpacak dalam diri, kepercayaan kite, tak akan boleh digoyah sesiapa.

tapi agak susah sket nak pacakkan benda ni. tambah2 pula kite ni ada 2 telinga, panaaaas je bila orang cakap ape2, kan. ada 2 mata, berpinaaaaar je bila tengok orang ni camni orang tu camtu, kan. sal tu mostly suasana banyak mendidik kita. sal hati kita cuma ada satu & tersorok antara paru2, jantung, limpa, etc. bile kite hanyut2, kita kata sbb xde usrah, bila weng2, alasan kita sebab kita sorang2. maybe sebab terlalu taksub pd konsep berjemaah tu menjadikan kita weak bila terpaksa bersendirian.

rasanya hampir semua orang kenal atau at least pernah dengar nama beethoven. dia tak born to be a composer. malah cikgu muzik dia pernah mengatakan beliau hopeless. kalo kite cikgu cakap camtu quit ajelah, wat benda lain je. tp akhirnya that hopeless boy menjadi lagenda muzik bukan aje di jerman tapi seluruh planet bumi ni. nampaknya beliau tak pedulik ngan pe pandangan orang pada dia & cemana situasi di keliling.

ngaper orang non-Muslim lebih berjaya drp kita? kita cuma berjaya dr segi retorik saja. bila orang barat muncul di kacamata dunia, kita kata depa tu cedok ilmu org Islam. itu mmg betul tp sbg orang Islam zaman kini pe yg kita patut wat? mengenang balik sejarah kegemilangan Islam, semata-mata, tp yang makin hari makin besar pengaruh barat. kita cume bleh berbangga dengan kekayaan nenek moyang tp hakikatnya kita hidup merempat. kita bangga dgn pengaruh yg kita ada tp sebenarnya kita hampeh, takde apa2. kita cuma ada kuasa politik yg boleh dibeli.

saya tertarik ngan tulisan swg blogger tentang alternatif. sejak kecil saya memang menyampahsss dgn kritikus yg mempunyai jalan buntu. kritikus jahil yg membawa kepada dead end. kritikus yg tak berpijak di alam nyata. kritikan tanpa penyelesaian. bila memberi pandangan, they usually put 'tak boleh' in the first place. tu tak boleh ni tak boleh, last2 bawak pada 'banyak tol pantang'. kalo kita berhadapan dgn orang2 zaman tok kong tonggek yg mempunyai pemikiran sehala tak ape. ini zaman orang semua mempunyai multilane minded, lebih kritital & analytical drp kita. cam baru ni ada discussion tentang bola sepak wanita di tv. sebagai seorang Islam, bagaimana kita nak bagi pandangan pada orang2 'Islam' ni so that derang akan dapat terima, bukan kita yg kena tembak balik. behaviour Islam sebagai satu cara hidup unggul & up-to-date dicemarkan oleh sifat kita sendiri sebagai konon-kononnya pembela agama. but then tu bukan silap kita, tu sebab diorang yg keras hati kan? kan? kan?

saya ni susah nak bg bad impression kat orang, tapi selepas didownkan sebanyak beberapa kali, saya sebagai orang Islam ni pun rasa nak menggeleng kepala jugak pada beberapa orang yg membela Islam ni. saya pun orang Islam tp kenapa depa layan saya macam saya ni melayu yg bukan Islam. ah, tak kisahlah tu. saya pedulik ape. mereka cuma nak cari pendokong & penyokong, bukan nak cari orang Islam. kan?

saya dengar lagu anak kecil main api mmg leh wat saya nangis. jiwa nasionalis lagi patriotik. saya sayangkan negara. tp heran ada jugak orang yg cakap seolah2 tak pedulik psl negara. abis kalau takde negara nak duk kat mana? tengok org kat palestin tu jd pelarian di negara sendiri. apa yg bleh wat sesebuah negara tu kukuh? kuasa politik? politik lagi. politik yg bleh dibeli. cam kita ada tanah tp bg orang sewa. orang tu plak bukak ladang. kita dptla 2-3 posen tp orang tu yg dpt juta2. bangga la dgn 'kebijakan' kita ada tanah bg sewa tuk orang kerjakan. last2 orang tu kayaraya kita duk tang tu gak.

kita rasa kita bijak sangat. tapi sebenarnya nak cari makan pun kena tunggu orang offer. belasah ajelah kompeni apa-apa pun, bayar zakat ke tak bayar zakat ke, janji keja, if tak cemana nak makan, kan. hahaha!

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum wbt kak long.....apo kaba?make dohko?

8:16 AM  

Post a Comment

<< Home