Wednesday, April 06, 2005

susahnye idup


kehidupan yang terlalu ideal lagi idealistik sejak lahir hingga hari memberi banyak kesan pada pemikiran kita. disebabkan terlalu idealnya kehidupan kita menjadikan kita jadi reaktif dan hanyut dibawa arus. kita tidak berupaya untuk menghandle pemikiran sendiri dan keperluan untuk kehidupan kita.

antara perkara yang kita tidak amik concern ialah soal duit. sejak kecil lagi kita diberi duit. mak ayah beri duit masa sekolah... dan organisasi2 besar bagi duit bila kita masuk U. walaupun ada masanya kita keputusan duit tapi 2-3 minggu selepas tu kita akan dapat. lebih2 lg pada pemegang skolar badan2 besar mcm Pet & budak2 yg tgh wat preparation nakgi oversea. time ni la nak beli henfon baru, beli digicam, beli baju, beli kasut, beli itu beli ini. maklumlah, duit melambak-lambak.

bukan sedikit yang memegang prinsip biar papa asal bergaya. duit, kalau bukan kita pakai siapa lagi nak pakai. apa salah beli utk diri sendiri. dan macam2 lagila.

dalam hidup ni, ialah, kita ada priority masing-masing. tapi jangan kata kita tak perlukan duit. sekarang bukan zaman dulu. dulu lain, nak beli barang boleh main sistem barter. ada orang kata duit boleh menjadikan manusia ni zalim kejam haprak kronisme Qarun Hamman, etc. ada orang kata hidup sederhana/miskin itu zuhud. tp itu cuma teori sajalah. hakikatnya, suka atau tidak duit adalah penyambung hayat. tapi cara handle itu yang menentukan adakah penghujungnya haprak atau ape.

biasa manusia ni akan nampak atau membuat kesimpulan dari 1st impression. tak ade nak piki di sebaliknye. macam kita tengok orang menoreh getah bawak basikal tua, akan terlintas dalam kepala hotak kita ni "miskinnya penoreh getah" padahal orang tu toreh getah sendiri yang ada 400 ekar.

itulah point yg saya nak cakap. kita tak perlu hidup mewah utk berduit. kalau tgk sirahpun Rasulullah seorang businessman. kalau sekarang ni biznesman yg menjalankan bisnes seniri dengan rajin dan cekal lagi berpengaruh sure kaya raya. tp baginda hidup dalam keadaan serba sederhana. para sahabat pun terdiri dr bisnesman, kan?

dua org profesor dari US membuat kajian terhadap orang2 yang jadi milionaire di US. part yg paling best ialah bila derang invite para milionaire tu pegi satu majlis yg ada makan2. derang sediakan macam2 la makanan mahal yg pelik2. dalam function tu, derang je yg pakai smart ngan kot kilat2 gitu, tp para milionaire tu pakai kot yg nampak cam lusuh je. bila time makan, milionaire2 tu x sentuh makanan yg mahal2 tu. derang makan benda2 besa je. ala, cam galic bread yg kita makan kat piza tu je.

so, apa maknanya kekayaan derang tu ek?
ok kita tinggal sat citer derang.

kita tengok realiti kita today. banyak kerja kosong dalam paper yang requirement dia 'tahu berbahasa mandarin'. kat situ jelas2 nampak tokeinya cina. kita marah. kita tak suka. kita komplen. tp kita, terus-terusan bagi duit kat tokei2 ni. tol tak?

kita tidak boleh hidup dalam idealistik lagi. kalau ayah kita ada kompeni sendiri boleh la nak bersenang2, cam donald trump yg mewarisi perniagaan 3 generasi. ataupun cam graduan melayu yg toreh getah ayah dia sendiri tu. tu lain citer. sendiri punya, masalah x ade lah sesulit orang yg tak ada apa-apa ni. tak ada perniagaan utk diwarisi & nak jadi kuli cam ayah pun tak boleh.

hidup real tak seperti yang ideal. kita mesti latih diri utk tidak menjadi end user tapi producer. dari situ kita boleh producekan peluang pekerjaan pada anak-anak melayu. benda yg berisiko, tapi semakin tinggi risiko semakin tinggila faedahnya. mmg tidak senang. tapi sam walton, pengasas rangkaian kedai runcit terkemuda di US, wal-mart [xpenah dgr pun] bermula dr sebuah kedai. dia punya strategi. bukan cam kedai runcit melayu kita. dahla berhabuk, kotor, berdebu, berbau, barang plak mahal. bagi sam, utamakan pelanggan, turunkan harga barang. dia wat studies dari satu kedai ke satu kedai utk dptkan idea cemana nak bg pelanggan puas hati. dari kedai kecik skg ni dah ada merata2 di benua sana, bayangkanla berapa ribu peluang pekerjaan yg dia bukak?

manipulasikan duit tu utk jadi source yg baru, bukan semata2 utk beli kereta mewah, rumah besar, baju cantik, last2 terperangkap dalam rat race. ha, time tu la baru duit jadi raja.

jadi, khusus utk adik pompuan yg tgh strugle kat intec tu, duit tu simpan, jangan ghairah shoping, nanti besok2 cukup modal bukak klinik sendiri, bleh bagi sedara mara keja, xpayah derang senang2 sumbangkan angka pd jumlah graduan menganggur..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home