Saturday, April 30, 2005

Selamat Pengantin Baru..

alhamdulillah.. macam tak percaya, akhirnya saya selamat diijabkabulkan. semuanya sangat sederhana tapi meriah. hari pertama menjadi isteri cukup manis dan advanturous. suami saya, cukuplah saya kenalkan dia sebagai abg aji*, merupakan seorang yg amat memahami dan bertanggungjawab serta amat menyayangi saya. walaupun saya pendek, hitam, rongak, gemuk, etc. namun baginya saya seolah-olah adalah bidadari dari syurga.

beliau tidak pernah mengeluh dan sentiasa memaafkan. ketulusan beliau membuatkan saya tersentuh hati. walaupun saya melakukan sesuatu dengan sedikit pincang, namun beliau tidak mara2, malah menunjukkan kepada saya cara yang betul. beliau juga seorang pendengar setia. saya count on him dalam banyak perkara especially apabila mempunyai problem yg tak boleh diselesaikan. beliaulah solvernya dan pandangannya yg kritis dan logik menyebabkan saya lebih rasional.

abg aji* seorang yang sederhana dalam kehidupan. walaupun beliau telah lama bekerja namun beliau tetap mahu hidup seperti zaman bujang. kalau pun better sikit, cuma membeli buku-buku baru sahaja serba sedikit untuk saya menambahkan ilmu. beliau amat menitik beratkan aspek kehidupan ideal yg dituntut oleh Islam. kerana itulah beliau amat dihormati, bukan saja oleh adik-adiknya, keluarganya, malah masyarakat di sekitarnya. beliau mencuba sedaya-upaya untuk membantu menaikkan taraf hidup masyarakat di kampungya. beliau telah mengasaskan sebuah kedai dobi yang menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk di kampungnya.

dia juga seorang lelaki yang berwawasan. walaupun kami baru bernikah namun beliau telah membuat planning utk keluarga kami dan anak2 yg bakal lahir nanti, sebelum kami bernikah lagi. target beliau untuk cemerlang di dunia dan di akhirat. beliau ingin menjadikan keluarga kami sebuah keluarga ideal yang menjadi idamannya sejak kecil. keluarga yg berpandukan al-Quran & sunnah dan bukan kelulusan akademi fanta*ia. beliau amat tegas dalam pelaksanaan mutabaah dan tidak ada tolak ansur. apa saja saranan dan suruhannya, wajib ditaati. namun semuanya logik lagi menyeronokkan.

i am very excited. memang sangat sukar tuk dipercayai kini saya adalah isterinya. seorang lelaki yg sangat2 ideal yg saya tak pernah terfikir 'ada orang macam ni'. beliau amat berbeda dengan lelaki lain. beliau begitu istimewa. kerana itulah saya pasrah menerimanya dan menjadi suri hidupnya.

hidup saya bahagia sekarang, bersama abg aji*. doakan kebahagiaan ini berpanjangan hingga ke syurga... ameen

best tak cite aku, noly?

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

;)) doa2kanlah yek... :)

3:43 PM  
Anonymous Anonymous said...

wht a heaven...
cane nk crk huby gtu kaklong?
bg r tips ckt, sye nk gk huby gtu..

6:12 PM  
Anonymous Anonymous said...

ops.. it's pillow talk :P

6:53 PM  
Anonymous Anonymous said...

cito baguh doh...tp pitching kenola jago ckik...mace watok albuya bommi nge hilim jahh.ermmm

7:37 AM  
Blogger nolee said...

ermmm

12:09 AM  

Post a Comment

<< Home