Thursday, April 14, 2005

Penganggur Profesional

soalan ni tak pernah orang tanye, tapi ramai pulak yang buat assumption. disebabkan tak pernah orang tanya tapi ramai yang buat assumption, maka mari kita tanya budak ni supaya tidak perlu membuat sebarang assumption lagi.

soalannya berbunyi:
apakah perasaan anda menjadi seorang penanam anggur ?

jawapannya berbunyi:
kalau nak kata saya sangat gembira tu tidak, sedih pun tidak tapi keadaannya fluctuate bergantung kepada keadaan. apabila tidak ada angin bertiup, maka tidak ada pokok akan bergoyang, dan apabila angin khabar orang lain mendapat offer bertiup, maka bergoyanglah pokok ketenangan. tp hakikatnya ia bukanlah satu perkara yang besar lagi menyusahkan kerana dengan tidak mempunyai pekerjaan tidak akan menjadikan saya seorang peragut atau perompak, atau apa saja kegiatan jenayah.

saya tidak merasa loser walau sedikitpun walaupun selalu mengatakan 'im a loser', hanya sekadar untuk menambah rencah. lagipun, kehidupan seorang penanam anggur jauh lebih baik daripada mereka yang bekerja. everyday is sunday [in KL] & friday [in KB].

10 kebaikan seorang penanam anggur ialah:

1. tidak perlu punch card masuk ofis pukul 8 dan keluar pkl 5.
2. tidak perlu tunggu pukul 1 untuk makan tengahari.
3. boleh tidur siang.
4. tidak perlu beratur membeli makanan.
5. boleh makan apa saja dengan free.
6. tidak perlu bayar sewa rumah.
7. tidak ada istilah 'keje banyak gaji sikit'.
8. boleh bertenet setiap hari.
9. tidak perlu bayar cukai pendapatan.
10. bisa menjalankan kegiatan yg digemari tanpa ragu-ragu.

tapi ada juga keburukan:

1. menjadi mangsa sindiran orang2 kampung.
2. tak ada duit...

10 cara mengatasinya:

1. berbaik-baik dengan makcik2 kampung supaya mereka rasa gembira dengan kewujudan kita di kampung dan melupakan kisah pengelibatan kita dalam bidang pengangguran.
2. melakukan kegiatan berfaedah seperti menjadi pengarah program motivasi :P
3. berkebun sayur.
4. menolong ibubapa ;))
5. banyakkan amalan rohani [cukupkan mutabaah].
6. eratkan ukhwah dengan sahabat2 terutama yg masih belajar [takut2kan sikit dengan bidang penanaman anggur]
7. membaca buku2 yang berfaedah.
8. pergi melancong sambil menghayati kebesaran Allah dan sejarah Islam silam.
9. hafal surah2 al-Quran [dah keje sok igt sempat ke?]
10. sentiasa bersyukur dengan anugerah free time yang diberi.
dan 1 lagi bonus : selalulah menghubungi cik abang dan cik kakak di menara. tanya2 khabar mereka. :P

nak buat cemana kan. nak sedih2 pun takkan mengubah apa2. bukanla tak de usaha tapi tak ada respon & if adapun akhirnya direject mentah2. buat masa sekarang ni nak stop dulu pencarian keje tu sal ada lagi mission impossible yang lebih berfaedah dari mencari keje yg tak mungkin dapat tu. bukan dh putus asa, cuma beralih arah sekejap. orang kata, melawan arus. lagipun, keje bukan segala2nya. yang penting apa yang kita nak kaut dari keje tu. kalo setakat keje, dapat gaji & lastly baya 33% ke gomen utk tax, adeh adeh adeh...

nanti la dulu yek. ada call nanti, adalah tu...

yg penting, don't let this hard time perplexing us. all of us endowed with a good brain so use it wisely.


2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

kebaikke tu lucu..keburukke pom lucu jugok....hok mengatasi meme panahlaaa.aduh aduhh.namaku bolim :D

11:53 AM  
Anonymous Anonymous said...

wah wah wah. comey2. promo2.

3:33 PM  

Post a Comment

<< Home