Monday, April 11, 2005

mari menabung

saya penah bgtau c e*ie yang amik accounting kat UIA supaya jadik financial planner so that bleh tolong orang-orang buta finance [cam saya].

masa belajar dulu frankly memang saya tak ambil kisah pasal saving, maklumlah, 3 bulan sekali masuk duit yang bukan sikit tu... setakat nak beli handphone baru senang2 je sambar model paling best. lagipun bleh hello-hello kat pemberi scholar nombor 2, siapa lagi kalau bukan parents.

walhal masa belajarlah masa yg paling bagus ntuk blajar menyimpan di tempat yang betul secara independent. sebabnya masa belajar ni kita takde tanggungan [yg dah kawen xtau r..], xyah baya sewa umah&api air [ntuk bdk2 hostel]. tinggal cuma tanggung diri sendiri. tanggung diri sendiri ni la yang membawak kepada expenditure yang melampau-lampau. saya ingat lagi masa zaman2 jd mp* [bukan mp3], konon2 duit lambat masuk, demi memuaskan hati semua saya pegi jumpa pihak berkenaan di hep. sorang staff tu dengar je saya menerangkan ketidakpuasan hati mewakili rakyat2 UTP yg dah sengkek sgt2. encik tu tanya saya "kamu nak buat apa ngan duit skolar tu?" eh encik ni, kerek plak tanye2 camtu. "keperluan harian la"saya jawab. dia cakap "kamu makan ape? makcik cleaner tu gaji 400 sebulan boleh je tanggung anak2 lagi, rumah lg, etc". sejak itu saya menyedari rupanya memang saya adalah antara penyumbang terbesar kepada berkembang pesatnya shopping2 complex di ipoh nu.

sekarang mungkin kita senang, ye la dengan support parents lg so takde masalah even menganggur dekat 5 bulan dah pun. mungkin sekarang kita tak terasa lagi sebab belum kerja lagi. katakanlah bila kita kerja nanti, kalau kita tak manage untuk sep [istilah UTP], apa agaknya akan berlaku. gaya hidup kita hari ni depends pada pekerjaan kita yg menghasilkan pendapatan dan pekerjaan tu bergantung pula pada keadaan ekonomi. contohnya di negeri kelahiran saya ni susah sikitla nak masuk construction sebab projek tak banyak. kalau ada pun, yang lebih berkelayakan lagi berlambak2 daripada fresh grad ni. dari zaman kanak2 memang saya tau sini susah nak cari makan, kalau sekadar nak make end meets tu takde masalah tp biasanya manusia tak pernah cukup dgn apa yg ada.

bayangkan macamana kalau kita dah kerja tiba2 something happen menyebabkan kita dah tak boleh bekerja. bayangkan masa tu kita ada anak-anak yg sedang belajar. bayangkan kalau kita tak ada simpanan, mungkin keadaan itu membuatkan kita terpaksa berhutang. bayangkan kita terhutang pulak dengan along. er.. bukan along ni la. AH LONG. eeii.. ngeri.. ngeri..!

itu cuma satu contoh yang jarang la nak berlaku pada kita. tp kita sentiasa memerlukan duit kan. bayangkan suatu masa, anak sulung kita nak masuk U, anak ke-2 nak masuk matriks, anak ke-3 masuk form 4, anak ke-4 masuk form 1, anak ke-5 masuk hospital... mungkin sekarang, senang... dapat skolarship kan, tp cemana if masa tu dasar berubah & parents kena tanggung sendiri pembelajaran anak2. ye la, kita mana tahu partai mana yg akan naik time tu. kot2 dasar kerajaan pun berubah, kan. if everymonth masuk abu keluar asap, cemana kita nak support benda2 tu serentak dengan expenditure bulanan yg biasa... rumah, kereta, makan, bil-bil,....

so, masa2 masih di pangkal jalan ni, startlah menabung. bukan simpan dalam tabung ayam & korek bila tengah bulan, [kalau bukan kita yg korek, ada kemungkinan penyamun yg tolong korekkan] tp menabunglah dalam unit trust. tempat yang selamat dan bijak lagi berisiko rendah.

masa kecil2 dulu macam2la idea psl unit trust ni ditanam oleh golongan atuknenek yg hinggap di kepala saya. duit haramlah, apela. kita tak tahu apa2 ikut aje la. mungkinla atuknenek tu risau wang mereka dilabur dalam sektor yg tidak sihat seperti penternakan babi, arak, judi dan sebagainya. kalau dah macam tu, sekarang ada alternatif yg mana agen2 tersebut membariskan pakar syariah utk memastikan sektor yg dilabur adalah halal lagi bermutu tinggi.

ada banyak benda lagilah beside unit trust tp yang lain2 mungkin berisiko, bagi saya unit trust paling selamat sebab semua urusan pelaburan diuruskan oleh orang lain [tak sure istilah dia], kita cuma tunggu dividen. dividen ni la yg dikatakan haram oleh sesetengah orang. alasannya sebab bukan duit kita. tidak, sebenarnya itu memang duit kita yang kita laburkan. keuntungan yg diperolehi oleh syarikat yg kita bagi duit tu dikongsi dengan kita. bila kita melabur dalam stock market, kita adalah salah seorang owner syarikat tersebut. seronok, kan?

kita bukan mengejar duit untuk jadi kaya tapi untuk masa depan. kalaupun bukan kita, mungkin anak-anak kita. seperti harold moe yg menulis buku 'teach your children about money', dalam salah satu formulanya, iaitu Rule of 72, beliau membuat calculation tentang jumlah simpanan anak perempuannya dari sekiranya menerima div 10% drp investment $1000.00. apabila anak itu berusia 40 tahun, wangnya dijangka berjumlah $45,259.00. drp $1000.00 pelaburan masa kecil menghasilkan 45k dalam masa 40 tahun. mungkin waktu itu beliau sudah mempunyai keluarga dan jumlah itu mampu membiayai anaknya ke kolej.

kita tak perlu menjadi tamak untuk menyimpan [melabur] tp demi masa depan ia merupakan sesuatu yang patut dilakukan. Saidina Ali KWJ juga berpesan supaya bekerja seolah2 hidup 1000 lagi di samping pesanan beliau supaya beribadat seolah2 mati esok hari. kalau dari segi logik, kita tak akan hidup sehingga 1000 tahun, tapi keturunan kita, ya. seperti buah durian yg kita nikmati hari ini, bukannya kita sendiri yg tanam tapi datuk kita dulu. dalam doa matsurat kita ada minta keupayaan supaya tidak bergantung pd orang lain, dan itulah realiti sekarang,semua memerlukan duit. seorang anak tu, sebelum beranak pun dah demand duit, time beranak lagila, lepas dah jadi baby, makin besar makin banyak duit diperlukan. ini realiti. kalau zaman hang tuah dulu, lapar boleh cari ubi kayu, tepi rumah boleh tanam pisang, nak mengaji bawak beras sikit utk tok guru jadila, sakit boleh je cari daun2 kayu-tumbuk & tempek, nak naik kereta cuma bagi rumput banyak2 [kereta lembu]. sekarang? ha ha ha!

mula la menabung dari sekarang .... [berat gak tabung ni, wat isi mesin parkir].

0 Comments:

Post a Comment

<< Home