Thursday, April 07, 2005

gadisku..

kejadian rogol dan cabul dah jadi isu biasa dalam paper. tapi...

satu : seorang doktor memberi nasihat kepada ibubapa agar mendidik ANAK GADIS tentang sentuhan bagaimana yang dibolehkan dan bagaimana yg dilarang. perhatikan perkataan ANAK GADIS.

dua : kata pepatah melayu, jaga ANAK GADIS seorang lebih susah dari jaga lembu sekandang. lagi sekali perhatikan ANAK GADIS.

tiga : "dah pukul 10 malam ni, mana peginya KAK ITA kamu ni, ABANG RAZIF kamu tu tak apalah, lelaki, tak adalah bapak risau sangat" adalah dialog yang biasa dituturkan oleh ibubapa masakini.

sampai hari ni tak setel2. kejadian demi kejadian berlaku. kalau berpegang pada 3 situasi di atas tu memang tak akan setel punyela. aci potong ayam ar.

ketidak adilan berlaku sejak awal lagi, sejak dari didikan yang diberi. perhatikan situasi satu, yang disuruh diajarnya ANAK GADIS, habis tu yang melakukan perbuatan tak senonoh langsung tu siapa? adekah ANAK GADIS yang lain cuba meraba ANAK GADIS itu? bagaimana dengan ANAK JANTAN? kenapa bukan mereka yang diajar supaya "jangan sentuh apa2 bahagian tubuh ANAK GADIS orang". macam kuih di bawah tudung saji, kita dah tutup kuih tu elok2, letak dalam bekas kedap udara lagi. tapi kita tak pesan pada orang yang masuk ke dapur kita supaya "jangan makan kuih bawah tudung saji tu". cuma pesan pada kuih tu "jangan kasik orang makan kamu ye".

situasi dua, kita tengoklah betapa sukarnya menjaga seorang ANAK GADIS hinggakan lembu sekandang lebih mudah dijaga. orang yang mempunyai 12 anak gadis seperti menjaga lebih 12 kandang lembu! isk isk isk, kesian... penat tu. eh, ANAK GADIS lagi? bagaimana pula menjaga ANAK JANTAN? agaknya seperti menjaga 2 juta lembu new zealand kot! ops, itu peribahasa dulu-dulu. dulu-dulu ANAK JANTAN seawal akil baligh sudah boleh diharap untuk membuat kerja-kerja seperti berladang dan menjaga lembu! ANAK JANTAN sekarang? jaga lembu? hampeh. jadi lembu adela...

anak palestin seawal usia akil baligh susah terdidik dengan jiwa mujahid. bukan sahaja menjaga keluarga, malah menjaga agama! anak kita? seawal usia sekolah rendah sudah pandai merokok, ponteng sekolah, dan paling mengejutkan pecah rumah! nauzubillah, tapi inilah hakikat yang berlaku. di palestin sana, anak-anaknya mati dibelasah tentera zionis, di sini, anak kita mati dibelasah rakan sekelas. ish ish ish.

situasi tiga. parents tak risau akan ANAK JANTAN keluar malam-malam sebabnya, ye lah, siapa nak rogol ANAK JANTAN diorang. eii.. geli! tapi sekarang ni mungkin takut kena ragut atau kena rompaklah. tapi mungkinkah ada ibubapa yang terfikir akan kemungkinan keluarnya ANAK JANTAN itu bukanlah berisiko untuk dirogol tapi merogol! sejak hidup selama hampir 30 tahun ni belum pernah lagi berjumpa ibubapa yang risaukan ANAK JANTAN tak balik-balik kot2 pergi meraba ANAK GADIS orang atau menyuntik sebarang objek berbahaya ke dalam badan mereka, tapi risau anak mereka dirompak. ntah-ntah ANAK JANTAN mereka yang jadi perompak!

bila sesuatu perkara melibatkan lelaki-wanita berlaku, yang akan menanggung semua tentu sekali wanita. tak percaya? okey, tengok sini. ada istilah PEREMPUAN S*NDAL, tapi adakah LELAKI S*NDAL? ada istilah PEREMPUAN MURAHAN tapi adakah LELAKI MURAHAN? istilah KELAPA DITEBUK TUPAI utk lelaki ke perempuan? macam2lah PEREMPUAN itu PEREMPUAN ini. realitinya, siapa yang MENY*NDAL dengan wanita kalau bukan lelaki? siapa yang MEMURAHKAN perempuan kalau bukan lelaki? siapa TUPAI yang menebuk KELAPA kalau bukan lelaki? tapi dalam hal ni lelaki selalu terlepas. perempuanlah yang menanggung sampai bila-bilapun.

dalam bab rogol, yang disalahkan perempuan kerana berpakain sexy. yang si pihak perempuan pula kata "takde maknanya kita seksi ke tak, perempuan pakai tudung pun kena rogol jugak". moron! camni la bila sel otak tak dipakai, jadi degenerate.

tapi apapun, semua berbalik pada perempuan, bila seorang perempuan jadi ibu tanpa suami, perempuan disalahkan. makhluk tak guna yang menabur benih tu tak ada siapa peduli. malah mungkin ada yang kata "ntah anak jantan mana agaknya". tapi masalahnya bukan jantan mana tu yg jd topik utama, si ibu muda itu jugak kerana gatal sangat. dahla penat mengandung, sakit beranak, yang si pemilik benih tu cuma tau nikmat pertama tu je la. pastu, iyela, siapa nak mengaku. kalau saya jadi lelaki tu pun saya lari, bukan ada bukti pun kan? perempuan lainlah, kalau tak mengandung pun mesti ada kesannya, kan? kan?

dalam memilih pekerjaan, kita mestilah tengok pada prospek, demand dan future karier tu. kalau keje tapi tak meningkatkan skill & takde gaji tapi cuma dapat makan & tempat tinggal je, siapa nak kan? dan apabila seorang perempuan memilih pelac*r sebagai kerjaya, maknanya kerja tu ada demand. demand tu tersedia sebelum karier wujud lagi kan? seorang yg nak meniaga burger mestila pilih tempat yang ada orang, bukan men belasah je meniaga burger kat padang pasir. maknanya, prospek tu wujud sebelum kerja tu ada. so dalam arena pelac*ran, siapa yg mewujudkan demand & future bagi karier ni? tapi yang salah tetap perempuan jugak. kan? yang si 'pekerja kebajikan' ni tak akan hidup senang la kalo depa ambik kisah kata2 orang, tapi yang jadi customer tu tak payah rasa bersalah pun malah boleh berbangga.

perempuan nak memilih suami dia tak kire la duda je teruna ke ataupun tak-konfem-teruna. tak berkira sgt pun, janji suka. tapi di pihak lelaki ni berkira tak hingat. nak chek jugak dara ke tak sedangkan dia sendiri pun ntah teruna ntah tidak. adat2 lama cam cadar putih, kain kuning, tu sumer untuk chek dara & tak pernah dengar pun ada adat utk chek teruna. bila sorang perempuan u tak berdara, maknanya adalah tu makhluk yang tak berteruna kan? takkan perempuan tu mentidak-darakan diri sendiri, atau perempuan lain yang tolong mentidak-darakan dia. tp yg si pemusnah dara tu takde rasa bersalah pun. ye lah, dekat dia tak ada kesan pun, dia bukannya mengandung pun. then kalau chek rupa2nya dah tak ada, perempuan tu lg yg salah, yg lelaki tak guna tu sekali lagi terlepas tanpa sebarang masalah.

memang betul-betul tak adil.


lelaki memang berbakat dalam perniagaan sebagai sleeping partner. liabilitinya limited betul tapi pihak perempuan memang menghadapi unlimited liabiliti. bila perniagaan bangkrup, semua kerugian ditanggung oleh perempuan termasuk harta benda yg ada pun jadi milik pihak bank, sedangkan lelaki cuma rugi modal je. ah, apa heran, bukan satu partnership yang dia join, mungkin banyak lagi yang lebih untung.

seorang ayah sepatutnya menjaga keluarga dan anak-anak, tapi dia pula yang jadi haruan. dan anak itu akan mengalami trauma berpanjangan. si ayah atau abang atau datuk atau bapa saudara yang melakukannya? paling teruk pun penjara 4-5 tahun. itupun kalau dilapor. banyak kes yang tak dilapor sebab tak sanggup menanggung malu. ada juga sebab si ibu tidak mahu suaminya dikenakan tindakan. apa-apa pun semuanya akan berpihak pada lelaki. kalau ditanya kenapa buat begitu, mungkin jawabnya kerana tak tahan melihat anak gadis berpakaian agak seksi di dalam rumah. begitulah bila iman di dada samar-samar, keliru akan hakikat dan tujuan hidup. mencari keseronokan tanpa batasan.

sampai bilakah perkara ini akan terus berlaku? sampai bila perempuan menjadi sekandang lembu dan lelaki terus menjadi serigala? bilakah saatnya lelaki akan bertukar menjadi anjing shepherd? mana perginya khaira ummah? mana rupa manusia yang memegang amanah khalifah? mana dia pewaris tugas Rasulullah [nak mewarisi bab kawin ramai je..]? ataupun mereka-mereka ini [lelaki] bukan manusia?
[menggeleng-geleng]

0 Comments:

Post a Comment

<< Home