Blah Ar Makcik!
kadangkala rasanya lebih baik jadi orang jahil. kadangkala rasanya lebih baik jadi orang gila. kadangkala rasanya lebih baik jadi orang mati. kadangkala rasanya lebih baik tak jadi orang.
ajaran Islam tu maha indahnya apabila dikupas. kalau orang barat muncul dengan pelbagai tulisan berbentuk motivasi yang kalau nak dibeli kat kedai buku memang boleh tak makan utk beberapa bulan, menggambarkan betapa banyaknya buku2 motivasi yang feymes dalam bermacam2 cabang, kita orang Islam dah diwariskan sebuah kitab yang kalau nak beli harganya tak sampai pun rm10. tp sayangnya benda tu cuma jadi azimat saja.
kita takut utk mengupas isi Quranul Karim sebab takut tersalah tafsir ke ape ke, tapi kita tak takut plak utk 'mengupas isi seseorang'. gossip, suudzan, prejudis, kutuk-mengutuk, caci-maki, umpat keji, tak plak kita takut. bila orang menerangkan maksud ayat2 Quran kita kata orang tu sesat la, tafsir ikut kepala otak sendiri la, pebenda alah lagi. abes tu Quran tu diturunkan utk ape? utk kita baca, hafal & tengok makna dia, dah, abis. gitu ke? Quran itu assyifak tp macam Syed Qutb kata, kalo setakat kita gantung ubat yg doktor bagi atau setakat cakap 'ubat, ubat', adekah kita bleh sembuh? btol kita tak leh tafsir sesuka hati tp bg ayat2 yg direct takkanla kita tak bleh nak faham. tp isi hati orang senang pulak kita nak faham, kan. lebih2 lagi kalau orang tu tak kenal kita, apelagi kalau 'musuh', memang kita faham btol la sampai ke lubuk hati. eh btol gk sal ade orang kate if nak menang dlm perang kene kenal musuh. tp cemana plak if diri kite pun kite tak kenal. bleh ke kita nak kenal orang if diri kita pun kita gagal mengenalinya?
naper org jahil dimaapkan atas sebab kejahilan beliau? tp kita tak disuruh jd jahil pasal dah difardukan menuntut ilmu ke atas setiap Muslim. no excuse tuk menjahili diri. tp manusia mmg jahil, if tak mana mungkin suruhan menuntut ilmu sampai ke liang lahad. susah kan, tak belajar tak bleh, belajar tp tak buat pun tak bleh. byk tol pantang jd orang hidup ni. tp bak kata Rasulullah, solat itu amatlah berat kecuali bg mereka yg kusyuk!
pe makcik tengok²? igt best sgt ke, blah ar makcik!

2 Comments:
kak long.....bakpo lamo dop napok?...xpo ko aku taip gni nih?
ado jo ni. bakpo dopleh taip gitu?
Post a Comment
<< Home