ape yek..
dalam hidup ni perkara yang paling penting, bukan wang, bukan makanan, bukan didikan, tapi komunikasi berkesan. bendalah komunikasi ni sering jadi penyebab tercetusnya masalah besar. ia bukan saja berlalu antara individu berbeza, malah dalam diri sendiri. controllable & uncontrollable. contoh miscomm dalam diri ialah, bila kita tengah syok-syok tido tetiba azan subuh kedengaran. dari sudut hati yg suci murni berbissik "bangunla.. dah subuh ni.." mata pulak berkata "ala, ngantuk lagi, nanti solat pun tak kusyuk ngantuk ni" tangan pun makin tarik selimut. telinga berkata "aku dah tak tahan dengar bunyi azan ni, jom bangunla..." last2 raja segala raja berkata "tidur je la" maka tidurla kita sampaila ke pukul 8.30.
lagi, contoh komunikasi dalaman yang gagal ialah, dalam satu situasi, esok ada paper. kita pulak tak 150% prepare lagi. dahla penat baru abis program petangnya. badan berkata "rehatla dulu, malam nanti stay upla". kita pun rehatla, serehat-rehatnya. bila bangun ngadap buku, lebih-lebih lagi kat ipt yang ada network sorang satu ni, terasa nak chek emel pulak. eh, terasa nak dengar lagu pulak. hmm, chating sekejap pun best jugak. tengok2 jam, alamak! dah pukul 2 pagi! esok paper pukul 9!
itu cuma contoh je. pointnya, jika dalam satu individu pun berlaku pelbagai konflik komunikasi, dalam sebuah team apetah lg. ape lagi bila melibatkan manusia yg semuanya 'best-best' belaka. begitulah, akan berlaku konflik bila sesuatu itu berjalan dengan tidak sejajar.macam dalam contoh tadi, kehendak hati, body, iman, nafsu, etc.nya tidak sejajar menyebabkan dia akhirnya tidur kembali. contoh lagi, ada oranng macan cili macam makan gula-gula. ada orang, pantang makan cili mesti tercirit2. nampaknya dia kurang berkomunikasi dengan keupayaan fizikalnya yang tidak boleh menerima makanan pedas.
dalam persahabatan,seringkali berlaku miscomm, kadang2 takde comm pun. antara kami pun [saya&rakan2], masalah melibatkan komunikasi tidak dapat dielakkan. syukurlah tidak membawa kepada perpecahan cuma mengguris-guris hati dan melukakan perasaan tu, biasalah kan. tiada siapa yang salah dan betul, cuma kerana kurang komunikasi, membawa kepada kurang memahami dan alhamdulillah dasar ukhuwah yang amat kukuh itu menamatkan segala ancaman pijat2 yang menyorok di bawah tilam.
konflik komunikasi terbesar yang melanda masyarakat hari ini ialah konflik antara anak, ibubapa dan pihak ketiga. pihak ketiga pertama ialah media. apabila seorang anak itu rosak, maka adalah pihak2 menyalahkan ibubapa, tidak kurang pula yang menyalahkan media dan ada juga yang mendakwa semuanya kesalahan anak terbabit. bila persoalan ini ditujukan kepada anak, point utama yang ditujuki ialah ibubapa mereka sendiri. samada ibubapa terlalu mengongkong/terlalu bagi kebebasan, etc. [pebende ntah, kongkong salah, bebas salah. bila dah kene tu mula la nak salahkan orang]. bila persoalan ni ditujukan kepada ibubapa, mereka akan salahkan media yg menghidangkan bebda2 tak senonoh pada anak2, dan bila media pulak, tentula menyalahkan kedua2 pihak anak& makbapak sekali. dah tahu salah sape suruh ikut?
seperti yang terdengar2 sejak cerita sepet arahan yasmin ahmad yang kontroversi itu ditayangkan. antara filem bermesej dan filem ber'untung'.sejak saya kenal filem, tak pernah terdengar la pulak filem bermesej dapat pecah box office. biasanya filem2 ala-ala hindusetan yang ntahapa2 tu yang box office. mungkin la bagi produser yang pentingnya ongkos. watper wat filem kalau xmo untung kan? sumer orang nak jadi 6million dollar man kan?
ni la dalang utama keruntuhan akhlak remaja. kita tengok secara lebih global, golongan remaja hari ni. tak segan silu. kenapa? dalam filem tengok orang buat macam tu ape. kita tak boleh expect semua orang 'faham'. bila sorang anak tu lahir, dia ibarat kain putih, maka ibubapanyalah yang mencoraknya nak jadikan dia Muslim, Nasrani atau Yahudi. harini, most mothers are working. sepanjang hari anak2 yang fresh ni menghabiskan masa wat apa? mengaji? gi usrah? baca buku? hm.. bagaimana industri hiburan berkembang dengan begitu pesat lagi mantap lagi gah lagi lagi lagi lagi?
filem sekarang sudah tak segan silu lagi menampilkan adegan yang... erk... memang benar, ada yang kata, kalau kita tahu salah, jangan dekati, jangan tengok tv. betul la, tapi itu kita, kita yang paham. adik2 kita macamana? jiran2 kita macamana? kalau rumah sendiri kita bolehlah tutup je tv ataupun jual aje, takde tv lagi bagus. tp jiran kita macamana? ada orang kata, buat apa pedulikan orang lain, jaga tepi kain kita ajelah. habis tu yang kawan dengan adik kita siapa? yang datang rumah kita semasa keramaian siapa?
mungkin betul juga ada satu pendapat yang kata produser filem skg ni lebih utamakan periuk nasi derang daripada minda masyarakat yang tercemar.janji filem laku, janji orang ramai, ape nak jadi, lantakla...
tapi, since kita tak akan buat apa-apa pun, tak ada orang berani nakgi jumpa yusuf haslam & mara2 buat filem tak membina. so yang penting ialah setiap dari kitalah yang mesti membina satu firewall dalam diri sendiri dan keluarga kita melalui sistem pentarbiahan yang betul dan sempurna. pentingnya tarbiah dalam merealisasikan Islam Hadhari, bukannya dengan hanya mencanang-canang merata-rata oleh sesiapa termasuk orang yang sebut perkataan 'Islam' pun terbau-bau kacukan. kata sendayu tinggi "kecantikan wanita itu bermula dari dalam". kecantikan umat kita, kecantikan hati. kita la yang kena memulakan langkah. seperti dakwah Rasulullah yg bermula dari rumah baginda sendiri, realitinya kita yang kena mulakan dari rumah kita sendiri. tak payah tunggula kerajaan buat dasar pentarbiahan, ataupun tunggu media berhenti mengarut. kita yang kena stop kekarutan itu. start melangkah ke arah tazkiyatunnafs yang boleh meresist segala maknika benda yang tidak berfaedah bg umat Islam.
bila hati bersih, kita tahu gam dan tahi lembu bukan untuk dihidu. bila hati tak bersih, kita tak dapat bezakan tahi itik dengan kuih tahi itik.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home