Saturday, April 09, 2005

aku dan impianku


masa dapat surat tawaran UTP, saya memang very2 excited walaupun saya isi borang UTP 1/2 hati je. masa tu saya tak hingin pun nak masuk UTP sal dia punye courses ada engineering & IT je. saya punyala tak suka engineering ni. kat sekolah ambil subjek Teknologi Kejuruteraan pun memang susah tak hingat la. tak suke tol subjek tu. tapi dalam2 tak suka tu tak termimpi nak masuk kelas bio sal bio lagi la 1000x tak suka dari tekno!

disebabkan sy tak dpt offer matrix kpm maka dengan sedey [tak puas cuti lagi tak hingin amik engineering] bercampur bangga [masuk UTP, pet tu..] dan eq [takyah tunggu result ha..ha..] saya pun melangkah la ke UTP untuk ambik course civil engineering. masa isi borang dulu, 1st CV, 2nd IS 3rd IT. syukurlah, sekarang barulah tahu kemasyukan ambik engineering tu.

minggu2 pertama di UTP ya Allah macam nak mati. dalam first month tu, setiap minggu balik kampung. terasa macam duk kat bote plak. sengsaranya ya ampun, everynite mesti beratur kat public call ayah or kawan2. terasa betul2 cultural shocknya. maklumla, 17tahun tak penah kuar kelantan... masih igt lagi 'surat' yang diberi oleh one of group member masa MAS, mat nama dia, skg dia dah fly. dia tulis '..senyumlah sikit along, asik masam aje..'. ish ish.

tengah2 bingung2 tu, bila result kuar, hati gembira bila dapat offer dari UIA tuk buat course idaman sejak kecil architecture. tapi bila balik rumah & tengok surat tawaran tu, hati tiba2 rasa sayang pada UTP, lagipun masa tu dah berjaya dapat loan pet. bgtau ayah sy taknak pegi UIA. keputusan yang amat sedih untuk dibuat. yela, architecture & UIA, dua benda yang paling saya idamkan. akhirnya lepas begitu saja.

1st semester, result sy amat teruk. sy mmg jenis yang malas study. time spm pun sy tak study sgt. siap boleh curi keluar makan sate lagi. disebabkan result yang teruk itu saya termotivasi untuk belajar. sikit je. then, dari satu sem ke satu sem result sy merangkak2 naik. walaupun slow tp sy telah wat satu result forecasting ntuk pastikan everysem result sy akan terus naik & naik dan paling cikai pun grad dengan 2nd class upper. masa tu ada sorang kawan yang selalu compete dengan saya bab2 result. siapa lebih rendah kena belanja makan. dan kitorang sempat 2-3 kali belanja je kot. panjang cerita pulak...

tiba-tiba dalam tahun2 selepas 2002, result sy mula jatuh. mula2 sikit je. lepas tu macam game collapse, dia collapse hingga membuatkan sy collapse sama. peringkat collapse yang paling ganas sampai paralyse ialah sem sebelum practical. masa tu serasa macam dah kehilangan upaya, dah jadi OKU. seperti ultraman yang akan jadi kuat selepas lampu kat dada dia jadi kaler merah [dah lemah sesangat], kelumpuhan tu membuatkan saya berada di bawah pengaruh stress dan strain yg amat kritikal. masa tu saya mula menjadi tegar untuk mengusir element2 yg selama ni jadi intruder dalam kehidupan saya.

dan memang saya sedar ada sebab dia. result saya takkan jatuh sewenang2 sebab sy dah rancang dari awal, tapi di tengah2 jalan ujian melanda dan kedatangan intruder2 yang seringkali disalahanggap sebagai bunga2 tp sebenarnya racun yg amat berbisa. tak senang juga nak menyingkirkannya, sebab macam dadah, utk singkirkan tu faham2 sajalah, banyak side effect.

dipendekkan cerita, akhirnya di akhir sem ke-10, alhamdulillah, segalanya seperti yang dirancang. alhamdulillah. bila kita merancang sesuatu, sebenarnya itulah dia kejayaan yg bakal kita kecapi, tapi di tengah perjalanan akan banyak ujian yang menduga. terpulang pada kita untuk meneruskan perjalanan atau mengalah. jangan elat ntuk merancang walaupun banyak kali terjadi perkara yang tidak dirancang, itulah kelebihan kita kerana perancang Yang Maha Agung memberi kita rancangan yg lebih bagus daripada rancangan kita.

apa yg berlaku pada kita tak akan berubah walau kita berkeluh kesah atau menangis airmata darah. yg penting ialah action kita utk mengatasinya. bukan sekadar berkata 'aku redha, semua kehendak Allah' sedangkan kita cuma berdiam diri, tidak memanfaatkan source yang ada. mungkin kita patut menukar haluan pemikiran atau membuat perancangan baru walaupun tak sama langsung dengan impian kita. percayalah, walaupun pada awalnya kita berasa terpaksa melakukannya atas sebab kecewa, di akhirnya kita akan mengucap syukur dan berasa puas. yang penting, buatlah sesuatu, jangan cuma berserah saja.

;)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home