Thursday, February 10, 2005

sesekali terkenang...

dari ruang tempat menaip ni saya bleh nampak sawah padi yang terbentang hijau. masa kecil-kecil dulu saya dan kawan-kawan selalu ke sana, walaupun selalu dimarah mak. mak kata jangan nakal-nakal, duduk di rumah, jangan kawan dengan budak lelaki, depa suka main jauh-jauh. sekali mak marah, sekali saya ikut. bila mak dah buat tak tau, saya pun buat tak tau, ikut kawan-kawan main dalam bendang. tapi tak adalah selalu, dalam 2-3 kali je saya buat macam tu. biasala, bukan budak kampung kalau tak bergelumang selut.

sesekali terkenang...

masa-masa lain kami di rumah, main pondok-pondok or kelantanese calls 'main jjual'. masa kecil sayalah yang paling tinggi, so sayalah selalu jadi 'bapa' (budak lelaki tak 'main jjual'). petang-petang biasanya laman rumah saya yang luas tu penuh dengan kawan-kawan. main bola katok (uh-ho, not frog eh), bola tembak burung (takde burung pun :P), dekchot (teng teng), main lompat getah (ni paling best), bola kaki tiga (ubat cap kaki 3?), badminton (moden sket), main nusut (sorok-sorok), bal-lo-ba (yg pakai tali skiping tu), polis sentry (one two jaga!), selambut (batu seremban), pepsi cola (seven up mirinda you first!-english tuu~), cohh (galah panjang), berambak cak duduk (sapa lambat duduk dia 'jjadi'), berambak patung (sapa lambat jd patung dia 'jjadi') er... what else ha? xleh recall la sumer. ingat tak? ingat tak, sesapa yg penah main?

walla~~

hidup kanak-kanak desa era 80-an sangatla seronok dan rileks. kerja sekolah pun tak ade la sangat. aktiviti harian hanyalah bermain sepanjang hari. di sekolah pun kami main lompat getah time recess tu (igt...buah kingkongkek, buah lutut, buah pinggang, buah ketiak, buah bahu, buah jengkal, buah jaya, buah tubek-masuk,buah ketuh-keteh,buah....walla~ tak ingat la, ;P). balik sekolah beli super ring dngan cikedis bon-bon. lepas makan tengah hari, mengaji Quran. lepas mengaji terus ada kawan datang main. tak ada tido siang!


malam bagi kanak-kanak desa berakhir seawal jam 9.30 malam. sebab dah letih main, tambah pula dalam buku teks bahasa melayu suruh tidur pukul 9.00 malam, maka tidurlah kami. kumpul tenaga untuk memulakan aktiviti esok pula.


hari jumaat, belah paginya ke kelas fardhu ain. balik saja dari kelas lepak di rumah bersama keluarga. hari sabtu, we rawk the world! mula la masuk hutan, bendang, creek, tangkap ikan, lastik burung, cari belalang, cari pok iding (pepatung), cari kambing (sejenis serangga), panjat pokok keriang, kacau lembu orang, etc. etc. study? ops, not in our diary lar!

but then, desa sekarang dah berubah. tak ada lagi kanak-kanak main bola katok, main getah. ada, tapi jarang. adik saya pun dah tak kenal mainan-mainan tradisi gitu. c 6 tahun tu dah asyik main game computer! tu blom masuk lagi mainan dia yang ada 3 bakul besar.

begitular, perubahan masa mengubah citarasa. merubah era industri kepada informasi. merubah seorang budak beringus kepada seorang gadis ayu/lelaki macho (ewah~). masa merubah seorang budak sekolah kepada seorang graduan universiti. masa merubah seorang baby yang tidak tahu apa-apa menjadi seorang ulama. masa juga merubah seorang melayu kepada seorang mel-lay-you, juga merubah seorang Islam kepada sorang 'Islam ke?'. pendekata betapa la masa ni sangat high power. dan Allah berfirman tentang masa...

demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali org2 yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran
(103:1-3)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home