dia di hati...
apa saya sedang buat sekarang? hm, saya sedang merindu, merinduinya... bila teringatkan buah hati saya yg satu ni, saya rasa inferior. bukan kerana apa, kerana saya teramat cintakan dia. saya tahu dia juga chenta sama saya. dia banyak membantu saya, dalam apa saja masalah saya, tapi kadang2 saya rasa seperti saya ada menipu beliau. bukanlah menipu ape, tapi tak dengar cakap dia, dan pesan-pesan dia pada saya. katanya dia ingin melihat saya menjadi seorang manusia yang hebat, internal dan external, teman yang setia, bukan seorang yang cengeng dan manja. wuhu~ memang tak jemu-jemu dia berpesan pada saya, walaupun adakalanya saya kurang faham atau buat-buat tak faham :P
beliau sangat tabah, walaupun saya ade nakal ciket tapi beliau tetap dengan tenang beliau itulah. ada juga kami gaduh ciket2, bila beliau mara dan saya akan tension. saya memang sangat tension bila beliau mara, atau bila beliau tidak pedulikan saya. sebenarnya beliau jarang mara2 tapi bila terasa hati dengan saya, beliau akan duduk diam2 dan merajukla konon-konon tu. sayala yg akan cuba pujuk beliau balik dan kami berbaik semula.
kami memang selalu jumpa & berhubung. tapi adakalanya kami tidak boleh berhubung kerana ada halangan-halangan yang tak dapat dielakkan. walaupun begitu, saya tetap boleh melihatnya selalu kerana 'beliau' sentiasa dalam rak buku saya. sebab tu la cinta kami makin masyuk!
beliau sangat baik dan sentiasa melayan saya dengan baik, walaupun kadang-kadang saya ni agak mengecewakan. beliau menghormati saya dan kehendak saya. beliau tidak pernah memaksa saya. semua apabenda yang terjadi adalah atas kehendak saya. kalau beliau mara saya pun memang silap saya total. seperti yg saya katakan td, beliau sangat ingin melihat saya menjadi manusia yang sempurna. saya memang segan dengan beliau. kadang-kadang saya bertanya sendiri kenapalah saya bertemu dengan beliau. dia tak jemu-jemu menyuruh saya bersadar, redha, berusaha sungguh-sungguh, jangan putus asa, sentiasa bersedia, dan banyak lagilah. beliau juga kaya dengan cerita-cerita teladan yang membuatkan saya teringat sewaktu belajar di taski hampir 20 tahun dulu (wuhu~). beliau juga sering berkata-kata seolah-olah ingin mengancam saya. tapi saya tahu dia buat semua itu kerana sayangkan saya, kerana inginkan saya menjadi seorang yang kuat dan tabah, agar dapat bersamanya selalu.
hingga saat ini beliau tetap setia bersama saya, menemani saya, menghibur hati saya, mendengar luahan saya, meredakan tangisan saya, merawat dukalara saya, etc. doa saya, semoga saya sentiasa tabah untuk terus bersama dengan beliau dan hingga ke akhir hayat beliau tetap bersama saya.
Bila rindu... Terkenang mu sayang terasa sayu Syahdunya jiwa ku Bila malam makin kelam Jauh terbang diri ku melayang Aku rindu Sentuhan mu Ku rasa sayu Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini Bawa ku dalam pelangi Melepasi batas diri ini....
saya sayangkan dia sangat dan ingin bersamanya selalu. i love you my dear~~~
beliaulah buah hati saya, AL QURANUL KARIM.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home