Friday, January 21, 2005

karut wa marut

ade tak sesapa yang penah terima any email or sms about pintu kaabah yang tak dapat dibuka? pecaya ke? tau ke kaabah tu cemana? pernah gi mekah ke?

saya sdr pun tak penah pegi ke mekah apelagi nak tengok kaabah, tapi ape yang penah saya tengok adelah foto tun dr. mahathir bersama rombongannya ketika mengerjakan haji pada tahun 1984 (kalo x silap) bersama sultan kedah ketika itu, berada di dalam kaabah. dan tun dr siti hasmah mendescribekan dalam kaabah tu kosong, cuma ada sebuah meja ajer. (ni menjawab soalan ada orang penah tanya dr. m tu penah naik haji ke?)

kaabah dah berapa kali dibaik pulih & kaabah hari ni ntah berapa kali lebih laind rp kaabah binaan Nabi Allah Ibrahim A.S. dulu.

orang kita... mmg mudah tol percaya ngan benda2 karut, especially yang melibatkan keagamaan dan kepercayaan cenggini. pokok besar ada penunggu... sapa lagi yang bawak doktrin karut ni kalo bukan orang kita. kubur ade hantu, orang kita lagi. isk isk isk. agaknya memang sudah kelebihan orang kita melebih-lebihkan benda yang tidak lebih. ala.. benda yang tak wujud pun boleh direka, inikan pula benda yang dah ada, cuma tambah-tambah aje sikit.

bukanla nak menunding jari kerana saya pun melayu jugak. tak ade celup2 mmg melayu tulen. tapi atas dasar inilah kita kene wat satu perubahan. orang lain dah ke bulan, kita pun ke bulan juga... saya la kat bulan... di negeri naungan bulan ;)

okla saya mengulas berdasarkan pemikiran dan tidak merujuk pada tok guru. sebab saya dianugerahkan selonggok otak untuk berfikir. so saya rasa tak salah utk memaksimuskan penggunaan otak saya, & kalo ada silap salah sila betulkan bukan menghentam.

berbalik pada cerita orang kita, saya dibesarkan di kampung. paham-paham sajalah bila makcik-makcik kampung yang tak ada kerja ni, dia suka pasang teropong tengok kain orang. (syukurla mak saya keja & takde masa nak wat benda bengong gitu) padahal kain sendiri yang berlubang. tak salah jaga tepi kain orang, tapi tengokla keadaan...kalo jiran kita tu pencopet & kita wat tak tau je tu memang la silap. tapi kalo jiran kita tu main bagi projek dekat sedara mara dia & kiat tuduh dia main kroni, sedangkan kita pun bagi projek dekat sedara mara kita jugak... kita tak main kroni plak. apekejadahnya yek... jiran kita anak daranya bertudung tapi berbaju ketat, ha sudah... ni tak Islam ni, tapi anak kita duk mengapi-apikan orang, tu ajaran Islam ker ek? tak tau la saya... tak pastila pulak. maklumla, saya sekolah sekular, belajar pun kat universiti swasta yang mengamalkan dasar kroni, sapala saya untuk membuat penilaian...

cerita tsunami tuhari pun, ada juga yang kata "balasan Allah utk orang2 Acheh yang tidak mengamalkan Islam total". wallahuaklam, sapala kita nak menjatuhkan hukum ni yek. tapi rasanya, yang dah kena tu, kena la. kita yang tak kena ni, ape yang kita ambik drp peristiwa tu? dan kenapa israel yang kijam gilababeng tu terus menerus menghenyek umah Islam? ALLAH tak tolong derang ke? kita maybe lebih pada melihat sesuatu dr perspektif orang ke-3 atau ke-4, sedangkan tu sumer adalah utk kita amik isi pengajarannya. cthnya la, kalo sesorang kene tangkap kerana mencuri kita akan kata "tengok tu, baru padan muka dia kena tangkap sbb mencuri". adakah kita .. "syukurlah aku diberi rezeki yang cukup dan akal yang waras. mudah2an aku dijauhkan drp bendalah mencuri harta orang".

mungkinkah kita terlalu taksub dengan sesuatu yang kita pun tak tahu. kita lebih kepada menilai drp 1st impression drp 2nd thought. sebab tu la kat malaysia ni shopping komplex berlambak-lambak, siap ade yang terbesar di asia lagi... dah tengok tu nak, tengok ni nak... even tak pakai pun, kalau pakai pun sekali dia, pastu buang, pastu jadilah sampah sarap yang makin menggunung dekat beberapa daerah di malaysia ni.

waduh..penat. so, esok aidil adha. selamat memulakan pengorbanan. demi preaching yang diworwarkan. semoga orang-orangku kembali pada root Islam yang satu. ameen.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home