Ke Mana?
sehingga kini pengorentasian hidup masih belum menuju ke satu titik yang pasti. cuma titik-titik permulaan sangat banyak dicatat. hari in titik permulaan, esok titik permulaan yang baru. setiap hari adelah titik permulaan. namun setiap dakwat yang jatuh sebagai titik tetap tinggal titik dan tidak menjadi satu garisan yang akan berkahir di satu titik yang lain.
mengapa sumer ni berlaku? satu sebabnya kerana kekurangan dakwat. dakwat yang ada dalam column pena cuma memadai utk membuat satu titik dan tidak mampu utk melakar garisan. boleh jadi juga dakwat penuh tapi mata pena yg tidak elok menyebabkan hanya satu titik yang terlukis, kalau jadi pun garisan putus-putus. boleh jadi jugak individu yang mahu melakar garis itu merubah fikiran lalu cuba utk membuat garis lain instead of meneruskan garis pada titik yang telah dibuat. dan boleh jadi juga memang individu itu sangat2 malas utk melakar dan hanya membuat satu titik saja sedangkan mata penanya no problem begitu juga dengan dakwat yang penuh dan cair.
sebab terakhir tu adelah yang paling teruk dalam sejarah manusia. dengan sources yg mencukupi, bekal yg memadai, tu pun malas lagi tak tau la ape nak cakap. kalo yang lelain tu boleh la dimaafkan, nak wat cemana sumber tak cukup, masalah teknikal so bleh la dikonsider. walaupun sebenarnya silap sendiri... tapi sebab2 tu bleh diselindungkan...
cuba kita tengok garis-garis kehidupan yang telah kita lakar selama ni. pen apa yg kita pakai? biru? atau hitam? atau merah? atau pen berwarna-warni? garisnya bagaimana? lurus ke? zig-zag? bengkang bengkok? bersimpang siur? garisan itu sudah sampai di titik ini, di detik hari ini. sesungguhnya yg telah dilakar itu tidak boleh diubah... meskipun diletak liquid paper tapi hakikatnya segaris lakaran pernah tertulis di situ. jadi biarkan lah yg semalam itu berlalu begitu.
chek lah garis kita utk hari esok. ke mana tujuannya. bagaimana ragamnya. jika perlu menukar pena, tukarlah. gunakan pen biru atau hitam, lebih formal.
mulakan titik baru dan pastikan kelestariannya...
titik menuju ALLAH
.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home