Thursday, October 14, 2004

Target

perkara yg membuatkan saya percaya nothing is impossible ialah perkara yg akan saya citerkan ini...

sejak form 4, berat badan saya ialah 50kg, begitu la seterusnya. 50 kg tak naik tak turun. cuma kalau bulan puasa saya akan turun 2 kg jadi 48 kg. dan saya rasa 48 kg dah cukup la limit berat saya tuk turun sebab menurut roomate saya, dalam keadaan 48 kg saya dah macam rangka bergerak.

semasa 4th year, sebelum ke industrial trening saya telah membuat satu azam, iaitu mencapai 45 kg. sebenarnya saya cuma saja2 je sebab bagi saya, mmg mustahil la nak capai 45 kg tu sebab saya suka makan. ditakdirkan saya bertrening di KL dan dalam keadaan naif serta serba tidak biasa dengan bandaraya sebesar itu, saya tidak pernah keluar kecuali ke ofis dan beberapa keadaan yg memerlukan saya keluar. makan pun di rumah saja. masa tu diner saya adelah nasi beras perang, ayam seketul dan brokoli. tu la yang mnghidupkan saya. lunch cume makan roti.

masa berlalu dan sedar tak sedar sekarang ni berat saya ialah 45 kg. kadang2 naik 47kg, KADANG-KADANG, ade jugak time2 dia turun 44kg. dalam satu sudut saya rasa bangga kerana telah mencapai target yg saya war2kan utk dapatkan berat 45kg. dalam satu sudut lain saya rasa amat teruk sekali kerana saya kelihatan seperti seorang yang tak cukup makan. aduhai...

kurus atau tidak bukan soalnya tapi kat sini, perkara 45kg yang saya pernah pikirkan sebagai impossible sedang berlaku sekarang!
(skg ni taget nak naik 50kg plak)

MORAL : pointnya ialah target. bila kita boleh membuat target, bermakna kita mampu mencapainya, kerana ape yg Allah ilhamkan itulah limit utk kita capai.
perkara inilah yang meyakinkan saya akan satu target yang saya telah set utk tahun hadapan. insya4JJ1.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home