Saturday, October 23, 2004

Puasa & Ibadah

ble bulan ramadhan menjelang surau2 sumer penuh ble malam2. mana2 yg x penah jengah surau akan ke surau pd bulan yg mulia nih. bagusla gitu. sampai ade yg tak sanggup tinggal terawikh. alhamdulillah. memang betul ramadhan ni bulan berkat. sampai tak muat surau dibuatnya.

just a suggestion, di samping mengejar pahala terawikh yg berganda-ganda sampai melampaui pahala sorang nabi tu, jom kite pakai masa tu utk eratkan ukhwah..ye la, time ni je la nak kumpul ramai2 canie. time len jgn haraple. jangan nampak pahala ibadat tuk kite sorang jer...

sabda Junjungan :"Barangsiapa yg menjalin ukhwahfillah dgn saudaranya, maka Allah akan mengangkat darjatnya di syurga, yang tidak boleh dicapai oleh amalnya walau sedikutpun".

imam Ahmad meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : "Tidaklah seorang hamba mencintai hamba yg lainnya melainkan dia telah memuliakan Allah Azza wa Jalla"

sabda Rasulullah : "Sesungguhnya di sekitar arasy ada mimbar2 yg dibuat dari cahaya. di situ terdapat kaum yg pakaian & wajahnya adalah cahaya, dan mereka bukan para nabi/syuhada`, sedang para nabi dan syuhada` pun cemburu terhadap mereka" para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, gambarkan sifat2 mereka pd kami". Rasulullah menjawab "Mereka adalah org2 yg mencintai kerana Allah, yg saling duduk bersama kerana Allah & yg saling mengunjungi kerana Allah".

subhanallah, betapa balancenya agamaku! (kite yg tak betol)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home