Monday, October 18, 2004

Hati

sebut saja hati mmg banyak tafsiran. hati adelah kalbu atau perasaaan tapi hati jugak adalah sejenis organ dalam badan manusia. bila kata sakit hati, maknanya tgh bengkerk, ataupun mengalami penyakit hepar. hati juga merujuk pada hati ayam dan hati lembu. hati dalam bahasa inggeris ialah liver dan heart, tapi heart dalam bahasa melayu ialah jantung. mungkin dari situ lah lahirnya perkataan jantung hati yg membawa makna seseorang yg teramat dikasihi. makan hati berulam jantung ialah perumpamaan kepada seseorang yang menderita akibat perbuatan orang lain ke atas dirinya.

suka hati bermaksud gembira dan suka hati juga bermaksud "ikut suka aku, kau jgn campur". kecil hati pula bukan bermakna hati seseorang itu menyusut lalu menjadi kecil tapi maknanya dia tengah terasa atau 'bersero' kata orang kelantan. jauh hati mambawa maksud merajuk dan ada hati bukan menyatakan bahawa seseorang itu mempunyai hati tapi maksudnya ialah ade keinginan konon!

jatuh hati bermakna perasaan sayang atau cinta, iri hati bermaksud dengki, ambil hati bermakna lebih kurang dengan kecil hati cuma lebih matang sikit, keras hati bukan bermaksud hatinya keras tp maknanya degil.

begitu juga dengan hati-hati, yg mana membawa maksud peringatan atau beringat-ingat atau berjaga-jaga, yg mana memungkinkan satu perkara buruk akan berlaku jika kita amik sikap tidak endah. namun begitu hati-hati juga merupakan sejenis tumbuhan hiasan yg berwarna-warni dan dibiakkan melalui daunnya. dan hati-hati juga ialah jamak bagi hati.

seseorang yang mempunyai hati mestila sentiasa berhati-hati dan tidak bersikap 'suka hati aku' supaya tidak ada pihak yang bekecil hati kerana sifat keras hatinya dan sama-samalah kita menjaga hati dari sifat iri hati sehingga melahirkan sebuah komuniti yang bersatu hati.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home