Saturday, October 16, 2004

Citer TV

Semalam semasa tgh tidur2 ayam kat umah moyang (tido kat sana) mak onkan TV yg mana saya & adik bungsu tgh terlentok di depannya. Mulanya saya mmg x berminat la nak tengok, lagipun tengah mengantuk. & suddenly terasa seperti ade yg menarik pula. Terus saya pakai balik spek yang dah siap2 bukak.

Citernya saya tak tau tajuk apa. Dilakonkan oleh Nasir Bilal Khan sbg Adam, M Rajoli sbg Tok Aki, Yusni Jaafar sbg Mak Su & Vanida sebagai Tijah.

Saya tak tengok dari awal & saya pun tak mau komen banyak2 tentang jalan ceritanya, Cuma apa yg saya dpt sebagai pengajaran. Bagi saya drama ini mmg 5 stars sebab ia bleh membuka minda masyarakat, rather than citer2 perusak minda yang biasa2 ditayangkan.

Bagi saya ada pro & cons nya. Bagi saya, utk orang yg sudah faham insyaAllah tidak ada masalah kerana mereka bleh menilai & mengambil ape yg baik tapi ape yg timbul dalam nurani saya “ape kah persepsi mereka yg kurang faham dalam hal2 gini?”. Seperti hal ‘tudung bukan saja tidak wajib malah haram dalam beberapa keadaan’, benda2 yg tak jelas ginilah yg bleh merosakkan masyarakat Islam Hadhari (baca:hadhori) kat Mesia ni.

Sebenarnya saya kurang bersetuju dengan drama itu, kerana ape, drama tu menekankan bahawa “kita boleh pilih cara hidup yg macamana selagi Islam” dan “Jangan beramal kerana orang tapi biarlah kerana kerelaan hati”. Betul , memang betul. Memang Islam tidak menetapkan kita mesti hidup dengan cara yg bagaimana, tetapi garis2 sempadan sudah termaktub dalam ajaran Islam. Ini kerana dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 208 Allah berfirman :

“Wahai orang2 yg beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan & jgnlah kamu mengikut langkah2 syaitan” (2:208)

Maka terbukti bahawa cara hidup Islam itu tidak bercampur dengan unsur2 yg tidak baik. Betul, hiduplah dengan cara yang macamana pun tapi penjelasan mestilah jelas supaya orang lain tidak salah faham sehingga “Sejahat-jahat aku pun aku sembahyang”. Jadi nampak kat situ, tak ape buat benda jahat sikit asalkan amal ibadat tak tinggal. Dalam Islam kita tidak diperintah beratkan ibadah, atau beratkan akhlak, atau beratkan ape saja perkara secara single. Yang penting adelah keseimbangan. Bukannye seimbangkan haq ngan batil tp seimbangkan nilai2 Islam dalam diri, cemana menyusun ibadah, akhlak, ilmu & sebagainya, seterusnya melahirkan masyarakat Islam yg izzah.

Yang keduanya ialah mengenai penyampaian Islam. Dipaparkan bahawa menyeru manusia kepada kebenaran merupakan cara yg tidak appropriate kerana semua orang berhak utk memilih cara hidup masing2. Namun dalam drama itu saya setuju dengan teguran yg dibuat oleh Tok Aki terhadap anaknya, Adam kerana cara tarbiah yg ditonjolkan tidak kena, kerana penguasaan ilmu asas tidak ditekankan, apa yg diutamakan ialah cara Islam, hidup Islam. Namun begitu, mungkin ade yg kurang faham atau kurang tahu akan konsep penyebaran dan tarbiah Islam ni, saya khuatiri sikap prejudis mereka akan bertambah terhadap golongan yg menyebarkan Islam dengan cara ini. Konsep ‘menyeru’ yang dibawa oleh Adam dikatakan inappropriate. If it is so, dari mana datangnya istilah ‘dakwah’, ‘daei’, dan sebagainya tu. Dari ape yg saya amati, tidak ade pula c Adam tu memaksa2 ibunya, yakni Mak Su dan tunangnya, Tijah supaya bertudung litup. Cuma dia berkata “Mak lg cantik kalau bertudung litup” dan dihadiahkan tudung litup pada mak, tunang & bakal mak mentuanya. Cuma dia ade menegur maknya kerana maknya kembali memakai tudung jarang di luar rumah. Yang peliknya, Tok Aki sebagai imam kampung tidak suka dengan istrinya yg bertudung litup. Lagi dia suka bertudung jarang yang nampak leher. Pelik sungguh saya. Kononnya tidak mahu istrinya berbuat begitu kerana Adam, tapi dia lebih rela istrinya berpakaian tidak lengkap. Heran.. heran…

Begitu jugak dengan konsep dakwah Tok Aki, hanya megajar di masjid & mengajar anak2 kampung itu mengaji. Mungkin Tok Aki tertinggal utk meneliti Surah Yusuf ayat 108 yg mana Allah berfirman:

“Katakanlah inilah jalan (agama) ku, aku dan orang2 yg mengikuti mengajak kamu kepada Allah dengan hujjah yg nyata” (12:108)

Kat situ adelah perkataan mengajak, bukan mengajar dan kalimah ud`uu itu adelah fi`il amar yg mana adelah perintah.

Begitu jugak dengan pendapat ‘jgn buat baik kerana orang tp biarlah dari hati sendiri’. *sigh. Betul, memang betul kita tidak berbuat amal kerana selain Allah kerana itu adelah perbuatan riak. Tapi, kalo nak tunggu kata hati baru nak tutup aurat, baru nak buat baik… sampai kucing bertanduk la makcik oooii… macamana hati nak berkata2 dengan baik kalau hati pun kotor. Sepatutnya ayat tu dialter sikit ‘buatlah amal kerana Allah Taala’. Kan jelas tu. Takkan la ade orang tinggalkan solat kerana Allah Taala, takkanla ade orang bukak aurat kerana Allah Taala….

Namun begitu nasihat berguna dari Tok Aki utk Adam, penuhkan dada dgn ilmu sebelum menyampaikan pd org lain.mmg tak dpt disangkal lg, bersemangat canerpon kalo ilmu tak ada, mmg betul akan memyebabkan orang lainyg jugak takde ilmu, sesat.

Citer ni bagi saya mmg sarat dengan pengajaran, Cuma kupasan yg kurang jelas menyebabkan orang-orang yang kurang faham akan keliru.

Pendekata, setiap sesuatu mestilah bermula dengan ilmu dan pengetahuan yang jelas. Supaya kiat tak menjadi seperti lagu kumpulan search 'Hilang Dalam Terang'.

Wallahuaklam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home