Ahlan Ya Ramadhan
Angin malam ni berlainan ngan malam-malam lain. Damainya menyucuk hingga ke tulang hitam. Inilah angin Ramadhan, angin damai tanpa kehadiran makhluk2 seni halus yang sentiasa menyucuk malam yg damai dengan kehinaan.
Ramadhan kali ni harapnya berbeza dengan tahun² sudah. Pertama, kerana Pak Teh saya telah menjadi orang pertama mengucapkan happy ramadhan dan itulah kali pertama saya mendapat ucapan dr Pak Teh. Thanks Pak Teh!. Yang kedua kerana Ramadhan kali ini saya lalui di UTP secara ‘sorang²’, alhamdulillah. Yang ketiga kerana insyaAllah buka puasa pertama saya ialah bersama keluarga di kampung dan yang terakhir ialah saya telah membuat beberapa target utk dicapai sepanjang 30 hari ini.
Target pertama saya ialah utk meningkatkan mengapplykan konsep berlapang dada terhadap teman-teman especially yg rapat dengan saya. Kadang-kadang terasa juga tidak mendapat sokongan tapi mugnkin saya yang tak terasa kot. Kita kadang-kadang tak nampak gajah di pelupuk mata, ataupun benda yg kita miliki jarang kita nak hargai. Biasanya bila dah hilang barulah kita kenang & claim macam-macam. Masa mempunyai, bukan saja tidak menjaga, malah menghampesskan pulak. Walau di mane pun kita dicampak wahai sahabat-sahabat, kite tetap sahabat yg mempunyai satu ikatan persahabatan, bukan sekadar sahabat sahaja.
Target ke-2 saya ialah menulis blog dengan lebih giat berpandukan isu semasa. Walaupun saya agak ‘slow’ tapi passion to win adelah satu perkara yang amat membanggakan bagi saya terhadap diri sendiri. Walaupun kadang-kadang saya nampak tidak peduli tapi saya lihat kemenangan tu dari sudut yang berbeza.
Erk, takyahla cakap semua, yg lain² tu saya simpan sorang² aje lah. *sigh.
Ape yg saya harap ialah dengan terrantainya sang2 setan durjana tu maka xde siapa dah yg lagi penghalang bagi ibadah saya & kita summer di bulan yg mulia ini. Puasa yang membawa sejuta lima pengertian buat saya, kerana 3 tahun kebelakangan ni saya menghadapi bulan puasa dalam situasi berbeza² dan graf naik mendadak serta turun menjunam. Macam CGPA yang saya nak repair, puasa tahun ni harap²nya, diterimalah taubat.
Amin Ya Rabbal `Alamin~

0 Comments:
Post a Comment
<< Home