Sunday, September 19, 2004

Perception 2

Life is all about perception

Bayangkan...
Anda (nama Man) adalah seorang bekas penagih dadah yang telah keluar dari pusat serenti. Sejak berada dalam tahanan lagi anda telah berazam utk berubah, bukan saja meninggalkan tabiat lama malah menjadi 'orang baru'. Pada peringkat permulaan, anda cube mendekati penduduk kampung bagi mendapatkan 'siqoh' mereka. kerana ape, anda ingin membuka sebuah perniagaan runcit di kampung tersebut...

GRUP 1 : Eleh si Man tu nak tunjuk baik konon. Kalo dah penagih tu penagih le jugak. Bukak kedai tu sal nak beli dadah le tu...

GRUP 2: Alhamdulillah, Man dah balik ke pangkal jalan. Kita mesti sapot dia supaya dia terus istiqamah & usaha dia tu leh jd contoh pd anak muda lain.

GRUP 3:Caner Man leh jd baik sampai camtu ek? Ade ape2 ke nie...

GRUP 4: Man? Sape tu?

Sejauh mana kita kuat utk pekakkan telinga butakan mata bisukan mulut tapi membuka minda bila menghadapi pelbagai persepsi masyarakat terhadap kita. Sejauh mana kita mampu utk tidak react dengan Grup 1, menghargai Grup 2, bertolenransi dengan Grup 3 & sama2 wat dunno ngan Grup 4. Bagaimana kalau kita dikelilingi oleh Grup 1 saja.

Jadilah seperti ikan hidup, walaupun disekelilingi garam yg selautan ia tetap tidak masin. Janganlah jd seperti ikan yg dah mati. Letak garam sket je dah jadi ikan masin...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home