UTPku sayang
Bab yang paling menyentuh hati saya ialah semasa pak Lah melancarkan UTP secara rasmi pada pukul 10 pagi tadi. Semasa upacara perasmian dan tayangan video tadi tu, menitik2 airmata saya & roomate kat sebelah. Tak mampu menahan rasa terharu dalam hati ni. `Terasa`nya saya sebagai warga UTP.
Saya rasa batch saya adelah batch paling bertuah, kerana kami dapat rasa bagaimana UTP sejak semua makhluk tinggal di Metana/Etana, sejak zaman berkongsi tempat dengan USM hinggala hari ni menyaksikan kampus baru UTP tersergam indah di Bandar Seri Iskandar ni. Menyorot kenangan 5 tahun lalu, merupakan detik-detik pahit manis yang tak akan dapat saya lupakan, kisah-kisah yang mematangkan saya dan pengajaran yang saya amik darinya. Saya memang sensitif pada benda-benda yang berkaitan dengan tempat saya belajar. Walaupun saya banyak jugak kutuk UTP ni tapi sebenarnya itu cuma nak melepaskan geram aje. Dan orang kata, marah-marah sayang.
Mungkin perasaan sentimental ni timbul kerana saya cuma ada beberapa bulan saja lagi utk berada di sini.
Saya tak tau macamana nak gambarkan perasaan saya. Terharu, terkenang, gembira, sedih, pelik, malas, wonder, terpana, etc,.
Saya doakan UTP akan terus cemerlang, gemilang, terbilang dan warga UTP semuanya berada dalam limpahan hidayah Allah SWT. Semoga tidak ada konsert KRU pada hari konvokesyen saya nanti dan saya boleh berjalan-jalan di ConvoSquare pada malam hari dengan aman dan tenang tanpa was-was.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home