Monday, August 02, 2004

Kita dan Dakwah

Tak sempat nak update blog tadi siang So, tgh malam bute ni sempatla kot. Okla just nak ckp sal dakwah. Sket jer.

Mase kecik dulu saya pun takut dgr perkataan tu. D.A.K.W.A.H. Malah mungkin fobia pada Islam sebagai cara hidup. Walaupun saya pernah bersekolah di sekolah agama, namun akhirnya untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 4, saya memilih utk ke sekolah beraliran teknikal kerana saya tidak mahu dicampakkan ke sekolah berasrama penuh agama seperti KISAS, SMAP, etc. Masih ingat lagi semasa ade sorang kawan becerita tentang "ISLAMNYA KISAS". Katanya kat Kisas kene pakai stoking, nak ckp ngan lelaki kene gune notes...etc. Mmg trs jadik "Alamak, takmo la amik sains pure nnt kene masuk KISAS!"

Itulah dakwahphobia yang melanda. Orang Islam sendiri pun phobia ngan Islam. Inila akibatnya meletakkan Islam sebagai religion semata2. Orang nampak Islam ialah solat, puasa, etc. Islam tidak diamalkan sebagai ad-din atau cara hidup. Malahan orang yang mengamalkan Islam dipandang sebagai konservatif, kuno, etc. Inilah yang berlaku menyebabkan timbulnye pemikiran sekular di kalangan umat Islam.

Sy tak mahu mendalam lagi, kite tengok di permukaan saja dulu. Kita tengok saja dari segi aurat. Tudung dipakai di majlis2 yg bercorak keagamaan, contohnya kematian, kenduri doa selamat, etc. Adakah tudung adalah aksesori sebagai pelengkap tuk majlis2 sedemikian? Ok kite pergi lebih jauh sikit, pada penyampaian Islam itu sdr. Pengisian biasanya diberi semasa usrah, liqa`, dsb. Di waktu2 lain tema perbualan ialah Akademi Fantasial, etc. Adakah Islam hanya hidup dalam majlis2 ilmu sahaja? Orang Islam tidak berani tuk bercakap fasal Islam.

Mengapa semua ini terjadi? Mengapa kita tidak berani? Adakah kita diancam? Tidak! Sebabnya senang saja. Kita seperti kakak tua, tahu bercakap saja & utk buat apetah lagi utk fikir, jauh sekali. Sejauh mana pemahaman Islam kita? Pokok pangkalnya di situ. KEFAHAMAN. Bukan sekadar mendengar Radio IKIM.FM tapi sejauh mana kita tahu menguasai diri. Sedalam mana kita menyahut seruan "Apa Ertinya Saya Menganut Islam". Kita hanya tahu baca sahaja!

Bila diajukan soal dakwah, kita jadi takut. Tidak berani utk claim "SAYALAH DAEI". Kenapa? Kerana tidak konfiden. Kerana tidak konfiden? Kerana tak faham. Kenapa tak faham? Kerana kurng ilmu. Nah! Nampak sekarang kenapa kita masih lagi berada di bawah paras bahaya dalam arena dakwah. Kenapa kita harus berasa tidak layak utk berdakwah sedangkan kitalah yang mengucapkan "LAA ILAHA ILALLAH" sekurang-kurangnya 9 kali sehari! Man Qaala LAA ILAHA ILALLAH fahuwa daei! Sama ada kita tidak tahu, buat2 tidak tahu, tidak ambil tahu, atau tidak mahu tahu. Tepuk dada tanyalah iman. Inilah jawapannya kenapa gejala futur amat meluas berlaku terutama dalam fasa2 pemindahan seorang pelajar ke alam pekerjaan. Berapa ramai yang aktif berdakwah di kampus, akhirnya larut bersama arus kehidupan setelah keluar dari kampus. Nauzubillah.

Ramai antara kita takut untuk menegur, terutama sahabat sendiri, apatah lagi orang lain. Mungkin tidak mahu dikatakan 'jaga tepi kain orang'. Sepatutnya peribahasa tu ditukar 'tolong jaga tepi kain orang yang koyak supaya orang lain tidak nampak'. Kerana 'jaga tepi kain orang' inilah masyarakat kita semakin tidak terjaga. Mana taknya, amar makruf nahi mungkar, siapa yang nak buat? Semuanya tidak mahu menjaga tepi kain orang. Mungkin kita boleh kata "Kita ni belum sampai level tu untuk tegur-tegur orang. Ilmu pun tak seberapa. Jadi sampai bila utk 'sampai level tu'? Tunggu jadi wali ke? Kita laung2kan "QURAN DUSTUNAA", tapi sejuah mana kita ambil pengajaran dari Al-Quran. Sedangkan dalam Quran telah lengkap menyebut tentangnya. "Dan Kami telah turunkan kepada engkau Al-Kitab utk menerangkan bagi segala sesuatu dan untuk menjadi petunjuk dan rahmat dan perkhabaran gembira bagi orang-orang yang beriman"-An-Nahl (16:89) Semua orang pun tahu (Sekadar tahu? Atau betul ke tahu?). Setiap kali lepas majlis kita pakat-pakat baca "Wal Asr. Innal insaana lafi husr. Illalazina amanu wa `amilussolihat. WATAWA SOU BILHAQ WATAWA SOU BIL SOBR!"- Al-Asr (103:1-3) Tanya lah diri kita sendiri, apa purpose kita baca surah tu. Mungkin sekadar penghias majlis sahaja...

Tingkatkan kefahaman Islam kita! Tidak perlu tunggu belajar dalam jurusan agama untuk menjadi daei! Barangkali kita lupa sejarah, Ibnu Sina, Ar-Razi, Khawarizmi, Al-Kindi, etc. Mereka adalah pakar2 perubatan, matematik, botani, etc namun mereka jualah tokoh2 yg femes dalam dakwah! Kita banyak beralasan sebenarnya. Tanggungjawab kita sama saja. Ustaz ke, ustazah ke, engineer ke, pakar IT ke, doktor ke, tukang sapu ke, selagi Islam kita bertanggungjawab atas apa yg kita pegang tu. Tak perlu tunggu ustaz utk bercakap soal agama. Islam, hidup kita, takkan hidup kita pun kita tak tahu nak describe macamana.

Saya bukanlah orang terbaik utk mempersoalkan perkara ini namun saya rasa bertanggungjawab utk make everything clear. Semoga kita sama2 bleh mengambil iktibar dr tulisan ni especially kepada yg menulis ni.

Yang baik datangnya dari ALLAH & yang buruk disandarkan kepada kelemahan saya sebagai manusia biasa.

-Apabila kita tidak memperjuangkan dakwah, maka dakwah akan tetap berjalan dan berlaku. Jika kita tidak memperjuangkan Islam, Islam akan tegak juga. Islam tidak memerlukan kita tp kitalah yang memerlukan Islam. jika kita tidak berjuang, Insya-Allah akan ada orang lain yang lebih baik dari kita- Mustafa Masyur-

Wallahuaklam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home