Kasih Sayang Allah
Kadangkala kita rasa kita ni sangat 'tidak disayangi' Tuhan kerana beratnya bahu kita ngan masalah bertimpa-timpa. Kadang kita rasa teman kita lebih bertuah dari kita kerana hidupnya aman dan nyaman saja. Kaang kita jelous bile orang lain gembira ngan iduo mereka yg 'konon'nya tidak bermasalah sedangkan kita 'masalah keliling pinggang'.
Cube kita bukak terjemahan Kitabullah Surah ke 89 ayat 15-17. Dan lihat pula sedikit huraian atau footnote kat bawah tu. Jika kita ni boleh berfikir dengan waras dan mempunyai IQ di atas paras minimum maka bolehlah kita memahami bahawa kesenangan yang Allah berikan BUKAN bermakna Allah memberi kemuliaan manakala kesempitan yang Allah berikan BUKAN bermakna Allah menghinakan seseorang itu. Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.
Apabila Allah mengasihi sesuatu kaum maka diujinya dengan kesusahan agar ia bersabar & diujinya dengan kesenangan agar ia bersyukur. Begitu juga bila Allah murka pada sesuatu kaum maka diberinya kesenangan supaya ia terus leka & alpa (istidraj) dan kesusahan supaya ia terus-terusan mengeluh.
Nah! Adakah kita faham akan hakikat ini? Mungkin kita hairan 'kenapa kawan kita yang tak nampak langsung ciri-ciri kebaikan pada dirinya tapi skorer sedangkan yang baik lagi bersopan santun sederhana saja?' Atau mungkin juga 'Walaupun aku jahat tapi Allah sayang aku sebab itu aku skorer'. Kalau ada, cube renung balik ayat2 dalam tulisan hijau tu, pastu paham-paham sendiri lah.
Dalam hidup kita yang sementara kat dunia ni, ape yang kita kejar agaknya? Kaya? Lawa? Berjaya? Ternama? Tak apa, tak salah semua tu, tapi pokoknya atas dasar apa? Pernahkah kita fikir ya... Kalau hanya demikian saja adanya tidakkah sama saja kita dengan Beng Choo ataupun Mutusamy atau Cyntia mahupun Britney Spears. Tidak... kerana kita ada misi lain. Kita ada misi dakwah sebagai asa kepada semua cita2 kita tu. Betul ke? Mungkin ramai yang akan kata 'Aku nak jadi pendakwah?' ataupun 'Kau nak jadi pendakwah? Cermin diri sendiri dulu..'. Hahaha! Gelak pulak. Sepatutnya diucapkan 'AKU/KAU TAKNAK JADI PENDAKWAH? CERMIN DIRI SENDIRI DULU!" Tak faham? Kalau tak faham sila baca post2 yang lepas.
Tapi takde masalah pun. Siapa la sangat kita ni. Takde kita pun Islam akan tertegak juga. Tapi cemana kita kalo takde Islam? Pepandailah fikir.
Ok berbalik pada topik kasih sayang Allah. Tak usah ragu tak usah risau. Orang kafir pun Allah beri kesenangan inikan pula kita penganut Deen-Nya. Tak puas hati lagi? Masih rasa susah lagi? OK...
Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”
Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya.
Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.”
(Riwayat Tirmizi)
Abu Hurairah pernah menangis terngongoi2 kerana tidak pernah ditimpa sakit, dia merasakan bahawa Allah tidak memberi perhatian kepadanya! MasyaAllah hebat sungguh. Terbalik ngan kita, kan? Kita bila sakit tu la nak mengongoi2. Mungkin ke kita akan sampai ke tahap Abu Hurairah tu... Isk isk isk. Saya sendiripun bila pening sikit mula rasa bengang dah psal sumer keje takleh nak buat.
OK saya qoutekan ayat yg nie "..Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya...". Macamana? Sudah boleh terima kesempitan yang anda sedang hadapi? Tak puas hati lagi? OK... Kita jelajah lagi ke bawah lagi...
Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”
Bagaimana? Masih belum puas hati lagi? OKla saya ada satu lagi quote, hadis Rasulullah SAW yang mungkin boleh meyakinkan mana-mana hati yang masih lagi was-was.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Semoga kita semua beroleh iktibar. Setiap dugaan merupakan tanda kasih sayang Allah, yang penting kita sabar dan berdoa selalu. Ia merupakan filter semulajadi yang Allah sediakan utk tengok hamba-hamba-Nya, adakah kita benar2 beriman atau sebaliknya. Kadangkala kita rasa sudah cukup bagus & tanpa ujian-ujian ini kita takkan dapat measure adakah kita benar-benar bagus atau syok sendiri aje. Lihatlah ke dalam diri kita, adakah kita sudah cukup menunaikan hak-hak yang sepatutnya atau sewajibnya kita tunaikan?
Sabarlah dan doalah semoga dengan ujian itu iman kita dipelihara dan dimantapkan hingga benar-benar layak digelar Mukmin sejati.
Sedarlah wahai diri, sesungguhnya Allah SWT amat menyayangi kita.
Wallahuaklam.

“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan -keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Semoga kita semua beroleh iktibar. Setiap dugaan merupakan tanda kasih sayang Allah, yang penting kita sabar dan berdoa selalu. Ia merupakan filter semulajadi yang Allah sediakan utk tengok hamba-hamba-Nya, adakah kita benar2 beriman atau sebaliknya. Kadangkala kita rasa sudah cukup bagus & tanpa ujian-ujian ini kita takkan dapat measure adakah kita benar-benar bagus atau syok sendiri aje. Lihatlah ke dalam diri kita, adakah kita sudah cukup menunaikan hak-hak yang sepatutnya atau sewajibnya kita tunaikan?
Sabarlah dan doalah semoga dengan ujian itu iman kita dipelihara dan dimantapkan hingga benar-benar layak digelar Mukmin sejati.
Sedarlah wahai diri, sesungguhnya Allah SWT amat menyayangi kita.
Wallahuaklam.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home