Amik dr Jurnal Orang
Di buku tamu (private) ada yang tanya pasal:
"Stop 'Arabising' Malay culture," Rais Yatim.
Pakdi tak tahu bila Datuk Seri Utama Rais Yatim sebut ni. Barangkali penyoal boleh jelaskan.
Cuma secara umumnya memang pakdi bersetuju dengan statement tersebut. Sebab ramai salah faham dan ingat yang Arab itu Islam dan Islam itu Arab.
Dulu dalam satu kelas di matrikulasi, subject Contemporary Issues, pakdi terkejut bila ada rakan sekelas define negara Islam adalah negara Arab.
Walaupun Nabi saw adalah orang Arab, tetapi tidak semua budaya Arab itu adalah budaya Islam. Perbuatan Nabi saw dalam budaya Arab wajarlah dihormati dan kalau kita tidak berjubah sebagai contoh, ia tidaklah sampai menjejaskan aqidah Islam. Yang menjejaskan aqidah apabila kita mempersoalkan perempuan Arab pakai tudung sebab di padang pasir selalu berlaku ribut pasir.
Kalau mengaji secara teliti Fiqh Sirah, kita akan tahu kenapa Allah memilih semenanjung Arab sebagai tempat kelahiran Nabi saw. Bukan di Tanah Melayu. Bukan di India. Bukan di Eropah.
Antara perkara yang kadangkala kita salah faham adalah seperti menggunakan 'ana wa anta au enti wa antum' dalam percakapan. Kita selalu dengar orang bercakap begini di kalangan penggerak gerakan Islam. Bagi pakdi, tak perlulah tukar 'aku,kau,awak,mereka,diorang' walaupun kita ini komited dalam gerakan Islam.
Pakdi pernah dipaksa di sekolah dahulu, tapi pakdi tak pernah ikut pun. Pakdi lebih selesa menggunakan 'mother tongue' dalam banyak keadaan.
Secara umumnya, kalau nak tahu sama ada kita wajar mengambil budaya Arab itu dalam kehidupan sebagai orang Malaysia adalah bergantung kepada dalil-dalil yang termaktub dalam Quran dan Sunnah. Setahu pakdi, Islam banyak memberikan garis panduan secara umum berbanding yang khusus.
Islam kata pakai pakaian yang menutup aurat. Tetapi tidak menyebut pakaian yang macam mana.
Islam kata wajib tegakkan pemerintahan berasaskan panduan Quran Sunnah. Tetapi tidak menyebut kaedah perlaksanaannya.
Islam kata makan dan minumlah rezeki Allah yang halal serta jangan membazir. Tetapi tidak sebut makanan yang mana.
Manakala arahan Allah yang bersifat khusus dan tetap adalah seperti Allah mengharamkan riba, zina, curi, rompak, minum arak, buat fitnah dan lain-lain. Malah dalam beberapa perbuatan jenayah itu, Allah juga menunjukkan secara jelas hukuman yang bagaimana.
Begitulah secara umum. Yang pasti Arab itu bukan semestinya Islam dan Islam itu bukan ditentukan oleh sifat keAraban. Islam itu ditentukan oleh panduan Quran dan Sunnah.
(adapted.special thanks to esprit de corps.)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home