Aduhai Malaysiaku Negara Islam
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Populariti juara Akademi
Fantasia Musim Ke-2(AF2), Ahmad Zahid Baharuddin,
23, bukan sahaja menarik minat golongan remaja,
malah turut berjaya mencuri tumpuan golongan
dewasa, profesional dan ahli politik.
Malam tadi, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Wangsa Maju turut meraikan
kejayaan Zahid dengan mengadakan majlis
kesyukuran di Restoran Sri Chiang
Rai di sini.
Ketuanya, Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata,
majlis tersebut juga adalah tanda sokongan Pemuda
UMNO Wangsa Maju terhadap perjalanan Zahid
sebagai anak seni.
``Kejayaan Zahid muncul juara patut diraikan
memandangkan beliau adalah
anak kelahiran Wangsa Maju,'' katanya semasa
berucap pada majlis kesyukuran itu.
Sabtu lepas, Zahid muncul sebagai juara AF2
dengan menewaskan lima peserta
lain pada peringkat akhir.
Menurut Norza, kejayaan Zahid seharusnya
menjadi contoh generasi muda
masa kini untuk berusaha mencapai impian dalam
segala bidang yang diceburi.
Sementara itu, Zahid menyuarakan rasa
terharu dan tidak menyangka akan
diraikan seperti itu oleh Pemuda UMNO.
``Zahid sangkakan ahli politik tidak
berminat dengan dunia seni, tetapi
tidak sangka mereka juga turut memberikan sokongan.
``Apa yang lebih mengejutkan, ada antara
mereka yang turut mengundi Zahid
sepanjang berada di AF,'' katanya.
Pada majlis itu Zahid turut menerima cenderahati
berupa tanjak berwarna
oren iaitu warna kegemarannya daripada Norza
sebagai sumbangan Pemuda UMNO
Bahagian Wangsa Maju.
Bertuahnya saya dilahirkan di Negara Islam yang maju membangun ni. Perkumpulan Islamik secara tanpa permit (usrah di kampus?) diharamkan malahan sesiapa yang menganjurkannya bleh disumbat ke ISA. Bagus kan? Beginila cara terbaik tuk menjaga Negara Islam ni. Kita pakat-pakat tarik bantuan pada sekolah agama. Maklumla tak ada masa depan. Sekadar bleh jadi ustat boneka kerajaan aje la. Bukan boleh bina bangunan pun. Buang duit je hantar belajar tinggi2 pastu tak bawak hasil.
Mari kita semua didik anak kita jadi penyanyi. Masuk Akademi Fantasial, kalo menang bleh dapat macam². Belum sapot dari sumer orang lagi. Dari anak sekecik baby sampai ke setua atuk, sumernya sokong!
Tak mo la komen banyak-banyak. Pendekata, MAKSIAT...Dulu, Kini dan Selamanya...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home