Friday, July 30, 2004

Rukun Baiah


Sekalung doa buat Mujahid Agung Asy – Syahid Al Imam Hassan Al Banna rhm. Sebagai orang yang bertanggungjawab mengemukakan Rukun Baiah . Tahun ini adalah tahun yang menggenapkan usia 56 thn kesyahidan beliau . Semoga rohnya bersemadi dikalangan mereka yang mendapat nikmat di sisi Allah swt.
Semoga Allah swt. terus mencucuri rahmat ke atas Asy – Syahid dan kepada mereka yang mengikut jejak langkahnya untuk memperjuangkan agama Allah swt .

Sungguhpun abad ini menyaksikan Harakah Islamiyyah akan menghadapi kelancangan gerakan musuh dengan alat bantu mereka yang serba terkini , namun kita tetap yakin , kemenangan hakiki perjuangan ini tidak akan tergendala , malah semakin hampir .

Kemenangan Islam di dalam rekod perjuangan ummah , pula membuktikan bahawa Islam menang dengan tidak semata - mata bergantung kepada kepakaran tenaga dan kecanggihan jentera , tetapi banyak bergantung kepada penghayatan Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah yang efektif .

Maka Rukun Baiah yang sepuluh adalah antara maddah atau agenda tarbiyyah yang mampu mengkaderkan anggota jamaah dan melengkapkan mereka sebagai Ansarullah .

Pertama : FAHAM

Fahami ( Islam secara mendalam ) sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin .

Ucapan Saiyidina Umar Al Khattab Rha.

=menyelesaikan kedangkalan fikrah dan kefahaman tentang Islam yang mana ianya satu ruang yang memungkinkan pejuangnya tersasar dan terseleweng dari hadaf perjuangan .

Kedua : IKHLAS

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".

Surah Al Ana’am . (6: 162 - 163)

=menamatkan krisis ego dan maslahah peribadi serta politik cantas sekaligus melengkapkan syarat kemenangan bagi sebuah Harakah Islamiyyah .

Ketiga : AMAL

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".

Surah At Taubah . (9 :105)

=
mengatasi masaalah overlap dan krisis tenaga dalam jamaah . Ianya turut mengatifkan jamaah dalam pelbagai lapangan amal Islami .

Keempat : JIHAD

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;

Surah An Nisa’ . (4: 95)

=
melahirkan pejuang yang meletakkan Islam di atas segala kepentingan hidup yang lain , serta bermati – matian mempertahankan kesucian Islam sehingga musuh tidak boleh memandang ringan terhadap perjuangan Islam.

Kelima : PENGORBANAN

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Surah At
Taubah . (9 :111)


=
menguatkan jamaah dengan kesediaan pejuang – pejuang untuk mewaqafkan diri dan berkorban apa sahaja . Hal ini melancarkan gerakkerja dan menyelesaikan masaalah “ main alasan ” yang sering mengundang ketergendalaan operasi dan strategi .



Keenam : TAAT

Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla dan dengar serta taat sekalipun pemimpin yang dilantik dikalangan kamu hanyalah seorang hamba abdi .

( Al Hadis , Matan Al Arbai’n )


=
menghidupkan jentera jamaah dan mengemaskini pergerakan sehingga mencapai hadaf dengan jaya . Ia jua bererti segala lubang musuh untuk memecah kesatuan jamaei tertutup rapat . Segala arahan dan peraturan jamaah dapat direalisasikan sebagai mana yang dirancang .

Ketujuh : THABAT

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah
(apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.


Surah Al Ahzaab . Ayat : 23


=
memanjangkan hayat perjuangan sehingga tahkik ghayah dapat dicapai , sekalipun perjuangan itu berlansung dalam lingkaran mustakbirin yang senantiasa menanti peluang untuk menghancurkan gerakan Islam dengan usaha mereka yang bertubi – tubi .

Kelapan : TAJARRUD

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".

Surah Al Baqarah (2:138)


=
membawa pejuang – pejuang Islam keluar dari krisis wala’ dan dilema fikrah , mereka akan selamat dari lambaian دعاة على أبواب جهنم . Sehingga seluruh minda , fizikal dan roh mereka semata – mata untuk Islam .

Kesembilan : UKHUWWAH

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).


Surah Al Hujurat . (49:15)


=
menyelamatkan perjuangan dari binasa angkara tanazu’ dan krisis peribadi anggota jamaah . Sekaligus mencetus kombinasi kerja yang jitu setelah mengikis prasangka dan su’uz Zhon dengan semangat persaudaraan Islam yang tinggi.

Kesepuluh : THIQAH

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

Surah An Nisa’ . (4:65
)

=menutup ruang musuh untuk memporak - perandakan jamaah , serentak itu terbentuk suasana tenang dan harmoni yang memungkinkan rahsia jamaah terpelihara dan gerakkerja jamaah secara detail dapat dihalusi dan dinilai dengan bijaksana . Pengagihan tugas dan pengarahan tanggung jawab dapat dilansungkan dengan sebaik mungkin sedang ia antara asas kekuatan dalaman .


0 Comments:

Post a Comment

<< Home