Kahwin Muda
Semalam ade forum pasal kahwin muda. Sy... tak setuju sangat ngan term tu. KAHWIN MUDA. Bile MUDA so TIDAK MATANG (Cam penakkulan mantik gitu). Itu pendapat sesetengah orang. Bg saya itu salah sama sekali. Muda tak semestinya tak matang dan tua tak semestinya matang! Persoalan kahwin muda ke kahwin tua ke tak semestinya timbul. Yang penting erti perkahwinan tu sendiri. Sepatutnya yang menjadi persoalan ialah KAHWIN SEBELUM MATANG.
Kenapa perlunya sebuah perkahwinan? Bagi saya ramai yang tidak faham konsep sebenar perkahwinan. Kite nampak dari skop yang sangat limited or hanye pada surface je. Contohnya, tujuan perkahwinan adelah utk mendapatkan zuriat, so kite cuma nampak zuriaaaaaaaaaaaat je. Sejauh mana kita concern pada benda-benda yang datang seiring atau pun di sebalik zuriat tu? Ye la, dinyatakan tujuan bernikah adalah utk menyambung keturunan, tuk kegemilangan Islam jugak. Itu mmg betul tapi, it`s not about a child born tapi ape yang melengkapkan that child dengan ciri2 sorang zuriat soleh? Sesiapa pun yang bernikah akan dapat anak (biasanya la), doesn`t matter Islam ke, kafir ke atheis ke. Tp bagaimana kita mencanai anak tu yg jadi persoalannya, bukan buat anak je! (Sori kalo bahasa kasar sikit).
Yang keduanya ialah mengelakkan maksiat. Maksiat apa? Ok, berpasangan tanpa nikah. Namun begitu, adakah wajar penyelesaian begitu diberi pada setiap psangan yang berpasangan sebelum nikah? Hanya dengan menikah maka masalah akan selesai. Lain2 belakang kira. Memang betul, menikah akan menghalalkan yang haram tapi adakah ia penyelesaian yang baik? Saya tak belajar fiqh aulawiyat secara mendalam tapi pada pendapat saya, adalah lebih utama sesorang tu meninggalkan perkara maksiat daripada menyelesaikannya dengan jalan singkat yang akhirnya membawa kepada lebih byk masalah lagi. Kita sebagai umat Islam, hidup kita bertujuan, bukanlah lahir, sekolah, masuk U, kerja, kawin, beranak, mati, etc. Kita ada mission dan vision. Benda typical yang dilakukan oleh smua orang, okay, let it be. Cuma beza kita ialah misi dan visi kita. Ramai yang bervisi sebegini "Menjadi suami soleh""Menjadi istri solehah" atau "Bernikah dengan laki2 soleh""Memperisterikan sorang wanita solehah". Tidak salah bervisi demikian tp misinya bagaimana? Layakkah kita mendamba seorang suami soleh sedangkan kita sendiri gagal memupuk benih keimanan dalam hati dan diri. Adakah dengan menyelesaikan masalah berpasangan tanpa nikah atau couple, dengan menikah itu menjamin utk kita jadi isteri solehah atau suami soleh?
Menyentuh bab istri solehah atau suami soleh. Menyebutnya memang senang. Mudahkan menjadi istri solehah? Jika begitu mengapa ramai wanita dicampak ke neraka kerana menderhaka pada suami? Apekah dengan alasan 'tidak mahu buat maksiat lagi' menyebabkan kita memilih untuk nikah walaupun utk menguruskan diri kita sendiri masih terkontang kanting. Ye benar menikah mengelakkan kita drp terus berbuat maksiat, namun begitu adakah dengan menikah masalah akan selesai? Bagaimana dengan masalah yang timbul setelah menikah? Dengan keadaan jiwa yg masih mentah, adakah kita yakin keputusan yang kita buat adalah yang terbaik? Mungkin kita lihat aramai rakan seusia yang telah bergelar suami atau istri namun kita harus ingat tahap kematangan kita berbeza.
Jangan ingat saya tak setuju dengan pernikahan di usia muda, menikahlah. Tapi pastikan kita benar-benar bersedia, dan bukan kerana usia. Sekiranya sudah berusia 36 tahun pun namun masih belum matang, layakkah seseorang itu untuk menjaga sebuah amanah yg besar demikian? Jika berusia 15 tahun dan sudah mengerti hak2 yang sepatutnya ditunaikan, bagusla, nikahla. Menikah bukanlah seperti kita masuk sekolah, daftar dan duduk tunggu cikgu datang. Nak belajar, belajar, malas belajar, sudah.
Wahai para sahabat muslimatku,
Jangan jadikan usia sebagai ukuran untuk mendirikan rumahtangga. Tidak salah menikah di usia muda asalkan semua keperluan dan persediaan sudah mencukupi. Memang benar pahala seorang istri ialah dengan mentaati suaminya namun pernahkah kita ambil berat akan pahala seorang anak dengan mentaati ibubapanya? Mampukah kita menjadi isteri solehah sekiranya kita gagal menjadi anak soleh? Lihatlah keadaan kita sebelum berangan-angan, mampukah kita untuk menjadi tunggak kedua rumahtangga sedangkan kita sendiri masih gagal mengelolakan hidup sendiri. Usah dicemburui mereka yang dipilih Allah utk disalurkan berkat-Nya dan dipilih utk menjaga amanah-Nya yakni anak-anak. Dari situ bermuhasabahlah kita, layakkah kita untuk menjadi salur keberkatan tersebut?
Koreksi diri dan usah bicara soal perkahwinan sekiranya kita hanya nampak keindahan pelamin dan baju pengantin. Lihatlah bahagian belakang rumah pengantin yang penuh dengan pinggan kotor dan periuk berbontot hitam, lihatlah resit-resit dan bil-bil utk perbelanjaan kita melangsungkan perkahwinan. Itulah kita sebenarnya.
Wallahuaklam.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home