Thursday, July 29, 2004

Come Back

Bismillahirrahmanirrahim

Sekian lama sy mencari tempat yang paling best tuk menulis ni. Rasanye tang sini paling user friendly. Maklumla ana kureng bab IT ni. So sy nak start menulis blog secara serius, hopefully.

Secara generalnya hidup manusia ni macam roda, sekali kat atas, sekali kat bawah. itu hukum manusia. Manusia yang biasa, man on the street. Itu adelah hukum dia, tp bukan bermakna di atas kita pijak orang, di bawah orang pijak kita. Bila di atas, kita belajar tuk melihat dunia dari atas & plan persediaan tuk bile kite berada di bawah nanti. Ble di bawah, kite usaha tuk golekkan diri kite ke atas. Supaya tak selamanya di bawah. Tapi tu cume hukum hidup manusia biasa... Manusia bermakna very general, sesiapa saja yg macam kita ni ade lah manusia, Atheis, kristian, budhha, etc... Tapi kite manusia special kerana kite adalah mereka2 yg mendapat sinar ISLAM (Allahuakbar!) dan kita bukanlah mereka2 yg mengikut arus kehidupan.

Lahirnya kita membawa sepikul tanggungjawab yang tak berkesudahan. Tak perlu menjadi apa-apa, menjadi insan sudah memikulkan kita dengan "Dan tidak Aku menciptakan jin manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku" (51:56)

Well, biarkan semalam menjadi pengajaran, kerana semalam tidak akan berulang. Usahakan hari ini untuk esok yang cemerlang. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan lebih buruk dari esok.

Arruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Kami petualang mencari kebenaran
Mencari makna serta hakikat manusia
Kami berjuang menegakkan kehormatan
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada

Kami berbekal alquran hakiki
Meneruskan cita dan risalah para nabi
Kami sandang jolokan generasi ghuraba
Biar saatnya datang kami pimpin dunia

Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh
Kami tentera Allah siap korbankan harta bahkan jiwa

Kami serahkan semua hidup pada Allah
Kami tekadkan untuk ikuti Rasulullah
Usung panji ilahi iman kuat membaja
Hadapi tirani bebaskan umat dunia

0 Comments:

Post a Comment

<< Home