Thursday, July 29, 2004

Aku tanpa cintaMU

Telah kumungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Kuulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah Kau terima cintaku lagi
Setelah kuberpaling
Dari pandangan-Mu
Yang Kau hulur kerana jahilnya aku
Mengapa cinta-Mu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agar kutetap bahgia
Tanpa cintaku tetap agung Kau di sana
Aku tanpa cinta-Mu
Bagai layang-layang terputus talinya
Kasih-Mu yg kudambakan
Oh Tuhanku
Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasih-Mu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cinta-Mu

Walau ranjaunya menusuk pedih

Saper kita ni sebenarnya? Hamba Allah? Betul ke kita ni hamba Allah? Tahuke kita ape maksud hamba tu & ape peranan hamba tu. Sejauh mana kita kenal ngan Allah? Allah tu apa?
Mungkin persoalan-persoalan sebegitu jarang bermain di fikiran kita. Maybe kerana kite sejak lahir dah bertitle BIN atau BINTI menyebabkan kita tak amik kisah tentang hal tu. Kerana kita dah Islam, kita dah tahu sal solat, puasa, etc. Betul ke? Bila ditanya pasal akidah, tak payah banyak la tanye "Ape maksud akidah?" ha, terkulat-kulat nak menjawabnya. Kalau dapat jawab pun dalam keadaan tak yakin, tak konfiden. Kenapa perlu begitu?

Sy bertanya pada diri sendiri. Sejauh mana saya mempraktikkan Islam dalam kehidupan? Sebenarnya dah terbalik. Sepatutnya Islam yang menjadikan kita praktik dalam kehidupan. Tp realiti sekarang bukan kita yang mengikut Islam tapi Islam yang mengikut kita. Benar atau tidak tepuk dada tanya iman.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home